Siakap Keli

(Video) “Saya Taknak Duit Puan”, Perompak Cium Dahi Warga Emas Ketakutan Ketika Lakukan Rompakan

Amarante, Brazil – Satu rompakan bersenjata telah berlaku di sebuah farmasi di sini pada Selasa lalu di mana dua orang lelaki bersenjata memasuki premis berkenaan dan memaksa staf di situ memberikan wang kepada mereka.

Lantaran itu, seorang pelanggan warga emas yang berada di tempat kejadian telah menawarkan wangnya kepada salah seorang suspek sementara rakan subahatnya sedang memeras ugut pekerja farmasi berkenaan.

Ironinya, perompak berkenaan menenangkan wanita uzur tersebut dan memberitahu bahawa dia tidak memerlukan wang wanita berkenaan. Dia kemudiannya bertindak mencium dahi wanita itu.

Kejadian tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Menurut pemilik farmasi, Samuel Almeida, suspek tersebut telah memasuki farmasi berkenaan serta meminta pekerjanya memberikan kesemua wang yang dimiliki.

Katanya, wanita warga emas itu mendekati salah seorang perompak dan mahu memberi wang kepadanya, namun sebaliknya perompak tersebut mencium dahinya dan berkata, “Tak apa puan, puan boleh senyap. Saya tak nak duit puan.”

Perompak tersebut melarikan diri dengan wang bernilai USD$ 240 bersamaan kira-kira RM 1 ribu dan beberapa barang lain.

https://www.youtube.com/watch?v=hZczNiS9Li4

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.