Siakap Keli

Awas, Ribut Petir Bakal Membadai Seluruh Malaysia Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan notis amaran ribut petir yang dijangka melanda melibatkan semua negeri di Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 13 negeri dijangkakan terlibat dengan ribut petir iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Antara kawasan yang dijangkakan terlibat ialah semua daerah sehingga jam 8 malam ini ialah semua daerah (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor), Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai (Kelantan), Dungun dan Kemaman (Terengganu), Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin (Pahang) termasuk WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Bagi kawasan di negeri luar Semenanjung pula ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) dan Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga) (Sarawak), pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan), Kudat (Sabah) dan Labuan.

Orang ramai yang ingin melakukan aktiviti luar atau beriadah pada petang ini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati.

Sumber : Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra