Siakap Keli
Kredit Foto: Izma Harliana Juhar

Kegigihan Anak-Anak Tiau Cari Dana Untuk Naik ‘Belon’ Ke Kuala Lumpur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menjadi seorang guru bukan sahaja untuk mencurahkan ilmu tetapi guru juga berperanan untuk memahami, mempelajari dan mendidik anak-anak murid mengenai erti kehidupan dengan penuh hikmah dan kesabaran.

Usaha yang dilakukan oleh setiap guru untuk kebaikan anak-anak muridnya sememangnya merupakan pengorbanan terbesar yang tidak mampu dibalas dengan wang ringgit.

Bagi Izma Harliana Juhar, dia menyimpan impian untuk melihat anak-anak muridnya di Sekolah Kebangsaan Ng Tiau, Sarawak merasai ‘dunia luar’ dengan menaiki ‘belon’. Mungkin dilihat kecil untuk sesetengah orang, tetapi besar ertinya untuk anak-anak pedalaman itu.

Bismillah.

Tuan-tuan yang dikasihi,
Hari ini adalah harinya.Bertahun sebelumnya, saya telah memasang impian yang satu ini.Sebabnya, saya sentiasa dilanda ribut pertanyaan comel anak-anak, – cikgu tak takut ke naik belon (kapal terbang) cikgu? kalau kapal terbang terjatuh, cikgu nak buat apa😅, membula (tipu) je cikgu ni rumah cikgu sebelah keretapi😌, betulkah menara tu tinggi sampai boleh nampak rumah cikgu?🤭 Betul ke memang nampak gajah, zirafah, panda dekat Zoo?😃 dan yadayada.Setiap kali lepas jawab soalan macam tu, saya pun cakaplah, doakanlah cikgu kaya, nanti cikgu bawa kamu ke sana.(cakap doa berkat dan murah rezki, tak faham pula.hee)Fuh, laju je depa sebut aamiin.

Yang sebenarnya anak, kalau nak tunggu kaya tu entah bilalah.hihi.Tapi, entah kekuatan apa yang merasuk cikgu menyebut ini kepada guru besar di suatu pagi.“Cikgu, sebelum saya pindah, saya nak bawa sekali sahaja, mana-mana anak sini untuk terbang ke Kuala Lumpur!”Maka hari ini takdir menuliskan rezki ke tangan anak-anak ini.Mungkin sebab bilangan anak-anak tahun 6 sebelum ini agak ramai, memasang niat saja bunyinya sudah kedengaran mustahil.Sebabnya tuan, pengangkutan air – darat – udara saja sudah mencecah ribuan ringgit, belum yang lain lagi.Pernah trip tahun lepas ada anak bawa RM 5 je semasa pergi Kuching. Syukur sumbangan kalian berlebih, dapatlah anak ini duit poket dan membeli pakaian baru.Jadi, pada saya inilah detik dan waktunyanya.Mungkin sebabnya anak-anak tahun 6 tahun ini 5 orang sahaja.Ya, kalau ikutkan nak bawa semua! Tapi tu lah kan, cikgu Izma belum kaya lagi. Haha.Baik 5 dulu dari tiada.

Tuan-tuan yang dikasihi,
Hari ini adalah harinya.Hampir setahun sebelumnya, jika tuan-tuan masih ingat, hajat tak kesampaian.Sebab nak beli tiket penerbangan di saat akhir tersangatlah mahal.Mujur Kuching destinasi hebat.Jadi kali ini saya beli tiket awal. Kenapa lama sampai seminggu. Alang-alang pergi tuan-tuan, dan beli tiket penerbangan di tarikh tersebut pun kerana tarikh sekian-sekian murah tuan-tuan.Kalau tak jadi? Ya saya redha tuan-tuan.Tapi saat ini, sudah ditahap ini, berikan saya alasan untuk saya berundur.

Tu pun syukur dapat guru besar yang memahami.Didahulukannya dengan sejumlah duit sekolah sedikit, dengan janji, jika ada bajet yang berlebih, saya kembalikannya semula kepada anak-anak lain.Saya sebenarnya paling nak elak guna duit ini, kerana sekolah pedalaman tuan-tuan, tak selalu akaunnya berisi tuan-tuan.

Anak-anak yang disayangi,
Hari ini adalah harinya.Sebelum kita melalui hari ini, harap anak-anak tak lupa.Kita buat aiskrim sama-sama, walaupun makan hari juga nak keras aiskrimnya kerana elektrik sekolah kita tak 24 jam.Anak-anak belajar buat karipap dengan Cikgu Dayang, ya Allah laku keras karipap anak-anak.Cikgu bagi resepi kek coklat, anak-anak berjaya jelmakan ia di dunia nyata – licin!Mujur cikgu simpan 5 potong untuk anak-anak merasa air tangan anak-anak.Dan sebenarnya banyak lagi yang kita lakukan tak tersebut. Banyak juga yang kita rancangkan tak tersahut.Kerana Tuhan selalu juga memintasnya dengan kehendak hebatNya yang lain pula.Kita tenang.Dan kita syukur, dapat lah tak banyak, sedikit menampung belanja kita.Tapi kita puas.Dan kita memang akan teruskan juga beberapa projek kita yang terbengkalai pulang nanti, insyaAllah 😃

Kerana, anak-anak ingat apa yang cikgu pesan. Hidup ini tidak mudah, sayang. Jangan manja.Tak semua yang kita ingin bergolek mesra ke ribaan kita. Untuk itu, kita mesti berusaha, bergolok bergadai apa yang diingin kita.

Pernah di suatu malam saya sebutkan pada Kak Sharifah, antara orang awal yang tahu falsafah keinginan saya yang satu ini.Sebenarnya, nak latih anak-anak ini softskill juga, pandai bercakap, pandai berniaga, pandai buat masak dan sebagainya.Tak mahu 100 peratus minta orang derma.Kiranya, mereka usaha juga untuk ke sana.Nanti dah sampai tarikhnya, kalau betul-betul tak cukup, baru saya minta sumbangandi laman muka buku saya ini.

Tuan-tuan yang dikasihi,
Hari ini adalah harinya, saya mengotakan kata , setelah puas segala ikhtiar dan usaha, saya memerlukan RM 1100 sahaja lagi untuk menampung kos ke beberapa tempat yang telah disenarai untuk memenuhi tentatif, agar segalanya berjalan lancar, seminggu ini.Tidak sampai hati membatalkan ini, kerana melihat mata anak yang bercahaya, katanya makan telur pun takpe. Alahai.Takkan lah cikgu nak bagi kamu makan telur pula.Haha.

Jadi, saya menjemput rakan-rakan, jika mahu berbagi rasa bersama saya, boleh sampaikan sumbangan di akaun ini, Maybank 161097133794 dengan rujukan lawatan. Walaupun seringgit, besar nilainya pada kami, jika masih tidak , tak mengapa doakan segalanya berjalan lancar ya, demi anak-anak pedalaman, anak-anak laskar pelangi saya, anak-anak kita! 

Anak-anak,
Hari ini adalah harinya.Menempuhiya, anak-anak berpeluanglah merasai perjalanan pulang cikgu dari sekolah, syurga anak-anak ke kampung halaman cikgu.Mula awal pagi menaiki perahu selama 3 jam, diikuti bot ekspress 3 jam, naik kereta hampir 1 jam, naik kapal terbang 2 jam, dan naik bas lagi selama 1 jam.Dari pagi membawa ke tengah malam! Ya cikgu tahu anak-anak penat, tapi anak-anak memang pandai menyembunyikan perasaan di sebalik hilai tawa teruja anak-anak. Kerana anak-anak tahu kepenatan ini akan berbayar insyaAllah dengan segala lambakan kenangan dan pengalaman yang bakal anak-anak kecapi!

Dan…
Anak-anak,
Hari ini adalah harinya!Selamat datang Ke Kuala Lumpur anak-anak! Tempat tumpahnya darah bonda yang melahirkan cikgu! Yang hingga kini cikgu tetap merasa ia kota yang tersingkap segala nilai, ilmu dan pendidikan untuk anak-anak terokai!

Kredit Foto: Izma Harliana Juhar

Terima kasih kepada warga SK Ng Tiau, semua guru dan staf, bekas-bekas guru , penduduk Rumah Panjang Ejon dan James Saka 😍 Juga tak lupa guru dan staf yang sudi teman saya iringi anak-anak saya ini, tanpa saya dapat menjanjikan sesen pun sponsor untuk mereka.Tanggungan sendiri. Ada yang sponsor banner, bagi kasut cantik untuk anak-anak pinjam, bagi duit poket sikit, support jualan dan sebagainya. Juga family ; abah yang offer nak jadi driver dan mama yang nak masak dan family bagi anak tumpang tidur rumah sekejap😆 Puas kata tak payah, tapi depa nak juga.Katanya jangan membazir.Haha.Sayang semua ❤️

*Sebenarnya, hari ini adalah harinya merujuk tarikh 16 Oktober, 2019. Saya dilanda kesibukan menguruskan itu ini, dan baru hari ini, mampu nak post tulisan ini, itupun agak tergesa-gesa kerana bimbang tertangguh lagi, tapi segalanya insyaALLAH memang ikhlas dari hati :)Semua gambar berkaitan anak-anak, adalah persetujuan anak-anak dan ibu bapa. Moga dijauhkan dari unsur tidak baik. Harap maklum.

Kepada semua yang menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank 161097133794 di hari Jumaat barakah ini hingga ke seminggu ini, tiada lain yang dapat saya doakan kecuali sayang Tuhan melimpah ruah ke dalam diri kalian, sepanjang hayat ! 

Edited.Sehingga jam 12 malam tadi, sumbangan untuk lawatan ini telah mencukupi, alhamdulillah! Terima kasih semua! 😘 Namun begitu, saya terbuka untuk individu yang masih berminat boleh pm saya, untuk perbelanjaan sampingan agar dapat anak-anak ini membeli belah buah tangan atau pakaian sekolah baru untuk dibawa pulang nanti! 😃

#anakanakTiau
#anakanakTiaukeKualaLumpur!

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra