Siakap Keli

Muka Penuh Darah, Anak Merayu Minta Tengok Ibu Bapa Terperangkap Dalam Kereta

Anak mana yang tidak sedih sekiranya melihat ibu bapa mereka sedang berada dalam penderitaan. Begitulah yang dialami oleh dua orang kanak-kanak yang menangis teresak-esak di tepi jalan apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku di Tol Sumatera, Indonesia pada pagi tadi.

Namun, menerusi rakaman yang dikongsikan di Facebook, dikatakan ibu bapanya masih berada di dalam kenderaan yang sedang terbakar itu.

Disebabkan itu, kanak-kanak berkenaan dengan keadaan berlumuran darah di bahagian mukanya menangis meminta untuk melihat ibu bapanya yang masih terperangkap di dalam kereta tersebut.

Menurut laporan media tempatan, kemalangan itu telah mengorbankan empat orang yang kesemuanya adalah daripada satu keluarga. Punca kemalangan itu berlaku adalah disebabkan pemandunya yang mengantuk dan tidak dapat mengawal kereta yang dipandu sebelum merempuh sebuah trak yang menggunakan laluan yang sama.

Orang ramai yang berada di kawasan kemalangan itu tidak berani untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap kerana dikhuatiri kenderaan itu akan meletup. Perkara ini adalah kerana dikesan terdapat tumpahan minyak dan juga bahagian hadapan kenderaan itu yang terbakar.

Mangsa yang terselamat telah dibawa ke hospital yang berdekatan dan pihak berkuasa masih menyiasat kemalangan tersebut.

Sumber: Kompas.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra