Siakap Keli
Kredit Foto: andropmxda

Netizen Teruja Karya Anak Malaysia Dimuat Naik Dalam ‘Webtoon’, Jadi Tontonan Global

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi peminat komik digital, anda pasti tahu mengenai  aplikasi Webtoon yang begitu popular dengan pelbagai jenis genre dan ia boleh diakses secara percuma.

Webtoon juga menjadi base kepada pencipta dan penulis komik dari seluruh dunia untuk mengekpresikan karya mereka kepada orang ramai. Negara kita juga tidak terkecuali dengan penghasilan komik dalam aplikasi ini dan baru-baru ini karya dari buku yang ditulis oleh  Hanna Alkaf iaitu The Weight Of Our Sky  telah diangkat ke dalam  Webtoon.

Laman sosial Twitter tidak henti-henti dihujani dengan kekaguman terhadap karya itu sejak beberapa hari yang lalu. Seorang pengguna Twitter, andropmxda mengatakan dia tidak menyangka pakaian orang Malaysia dan bahasa Melayu diilustrasi dengan baik di dalam Webtoon itu.

Ramai yang teruja dengan karya Hanna Alkaf itu dan rupa-rupanya telah banyak karya-karya komik lain dari Malaysia yang telah dimuatkan dalam Webtoon.

Setakat ini, The Weight Of Our Sky telah mencapai subscribers melebihi 100,000 orang di aplikasi Webtoon tersebut.

Sumber: andropmxda

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra