Siakap Keli
Kredit Foto: Kafunta Safari

Gajah Keletihan Ditemui Mati, Lenyek Seekor Buaya

Seekor gajah ditemui mati di Island Bush Camp yang bersebelahan dengan sungai Luangwa di Zambia. Bangkai gajah itu ditemui oleh seorang penjaga safari, Andrew Mwanza yang kebetulan melalui sungai tersebut.

Setelah memerhati gajah itu dengan lebih dekat, Andrew lebih terkejut apabila menemui seekor buaya  yang dipercayai dilenyek oleh gajah itu.

Beberapa keping gambar yang mengejutkan dimuat naik oleh Kafunta Safari di Facebook memperlihatkan kepala gajah itu mungkin sudah dimakan oleh dubuk serta kaki dan ekor buaya kelihatan di bawah gajah itu.

Kredit Foto: Kafunta Safari

Hasil siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa, gajah itu dipercayai terjatuh kerana keletihan semasa ingin menyeberang sungai Luangwa dan terus melenyek buaya yang mengikutinya.

Pihak berkuasa juga tidak menemui sebarang kesan perbuatan manusia dalam kejadian ini.

Buaya nile selalu ditemui di kawasan sungai Luangwa dan ‘menghendap’ gajah-gajah yang sedang minum di sungai itu.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra