‘Pinggan mangkuk kualiti pasar malam sedangkan satu meja ni kena bayar RM50K untuk 10 seat’, begitulah kekesalan yang diluahkan oleh Bonda Rozita Ibrahim menerusi satu status yang dimuat naik di media sosialnya semalam.
Perkara tersebut dikatakan berlaku ketika beliau menghadiri sebuah majlis kenamaan yang dihadiri oleh nama-nama besar seperti Chef Wan, Datuk Jimmy Choo dan beberapa barisan menteri.
Namun, apa yang mengecewakan beliau adalah pihak penganjur didakwa tidak menawarkan servis seperti apa yang telah dibayar. Pinggan mangkuk yang digunakan untuk menjamu tetamu yang bukan calang-calang hadir dikatakan hanya daripada plastik dan tidak setanding dengan harga.
Satu meja caj RM50K untuk 10 seat
Pinggan mangkuk kualiti pasar malam sedangkan satu meja ni kena bayar RM 50k untuk 10 seat tau !! Kalau kat rumah macam ni kita hidangkan tetamu dah kena carut kata chef wan dan ahli korperat lain !!
Kami yang duduk semeja ketawa serentak dan terakam pulak muka kri, terkejut.. ehh betul ke plastik ni.. VVIP lain dok semeja dengan saya komen benda sama malam tadi di sebuah majlis.. Jimmy Choo , menteri dan entrepreneur asean ”bukan calang kepalang”.
Terpukau bila mereka serve pakai pinggan plastik dan besen basuh ikan je ..!!
Moral of the story ”tempat prestij bukan jaminan mewah dan tempat kampung tak semestinya ketinggalan zaman..”
Adab menlayani tamu di hotel mewah selalunya pinggan dan kemasannya serba mewah.. sebab bayar mahal.. Kalau picnic atau warung kecik kita faham pakai pinggan plastik.. (Saya tak akan makan dan minum dalam plastik sebab saya tau toksin).
Sementara itu, perkara sama turut dikongsikan oleh Chef Wan berkenaan dengan majlis tersebut menerusi video di bawah.
Rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh mereka malah turut menyifatkan makanan tersebut seperti dihidangkan di rumah dan bukannya seperti di majlis berprestij.
Ingatkan tu mangkuk tambah gulai
Kat rumah pun tak pernah hidang guna plastik macam tu
Sumber : Instagram bondarozitaibrahim, _chefwan58