Siakap Keli
Gambar Hiasan

Seram Duduk Dengan Mak Mertua, Nampak Baling Daging Ayam Mentah Sambil Mulut Kumat-Kamit

Kita sebagai seorang muslim seharusnya percaya dengan kewujudan hal-hal ghaib yang kebiasaannya tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Namun, kadang kala ianya ‘hadir’ dan dapat dirasai oleh sesetengah individu.

Seperti perkongsian kisah seram oleh seorang wanita yang diganggu dengan beberapa kejadian aneh di rumah selepas kedatangan ibu mertuanya. Dia yang mengalami ketakutan setiap masa terpaksa berhadapan dengan perilaku pelik ibu mertua yang menyeramkan.

Saya mengadu ni bukan sebab nak bukak aib mak mertua saya ke apa. Tapi saya mengadu ni sebab saya dalam keadaan ketakutan dan tekanan.

Macam ni mak mertua saya tinggal dengan saya baru dua bulan yang lalu lepas ayah mertua saya meninggal lah. Saya ok je dia nak tinggal dengan saya dan suami saya sebab saya pun takda mak ayah dah jadi boleh saya tumpang kasih. Tapi lain pulak jadinya setiap masa saya ketakutan.

Macam-macam benda seram jadi

Sejak mak mertua saya tinggal dengan saya macam-macam benda seram jadi kat rumah ni. Suami saya tak tau sebab dia pergi kerja pagi balik tengah-tengah malam. Mak mertua saya ni rambut dia tak panjang pun cuma paras bahu je.

Tapi ada sekali tu waktu saya tertidur dekat sofa waktu tunggu suami balik, saya terjaga nak pergi minum air dekat dapur saya lalu dekat bilik mak mertua saya, saya nampak mak mertua saya tengah sikat rambut depan cermin.

Gambar sekadar hiasan

Bila saya perhatikan betul-betul baru saya perasan rambut tu sampai paras punggung. Padahal rambut mak mertua saya paras bahu je. Cepat-cepat saya pergi minum air dan lari masuk bilik.

Esok tu saya cerita dekat husband saya apa yang saya nampak, tapi husband saya pulak salahkan saya dia kata “awak nak kata mak abang hantu la?” lepas pada tu saya tak cerita apa-apa dah kat dia. Saya pendam sendiri je.

Rumah bau hanyir darah dan busuk bangkai

Rumah saya pun bila tengah-tengah malam je selalu bau hanyir darah dan busuk bangkai. Ada sekali tu saya ternampak mak mertua saya baling daging ayam mentah dekat halaman belakang rumah sambil mulut dia macam ada cakap sesuatu tapi saya tak pasti apa dia.

Lepas mak mertua saya masuk rumah saya pun tanya la mak buat apa kat belakang tadi? Pastu dia jawab bagi haiwan peliharaan aku makan. Pastu saya pun cakaplah. Aik kita mana ada bela binatang mak. Pastu dia cakap “tu binatang peliharaan aku lah kau mana boleh nampak” terus naik bulu roma saya.

Bukak tempayan setiap malam jumaat

Bila bangun pagi je beranda rumah saya penuh dengan pasir saya pun tak tau mana datang pasir-pasir tu. Suami pulak asyik marah saya sebab beranda penuh dengan pasir padahal saya ni hari-hari bersihkan pasir-pasir yang tak tau datang pada mana.

Gambar sekadar hiasan

Setiap malam jumaat mak saya mesti bukak tempayan yang mak saya bawak pada rumah dia yang dulu. Mula-mula dia bawak tempayan tu saya tak pelik sebab saya ingat dia nak buat hiasan dekat rumah saya. Tapi saya mula pelik bila tempayan tu dia biar dekat luar rumah dan biarkan terbuka bila malam jumaat .

Saya pun tak pasti apa ada dalam tempayan tu saya tak berani buka saya takut. Saya bagitau suami, suami cakap mak dia tadah air hujan tapi setiap malam jumaat yang mak mertua saya buka tu mana ada hujan pun entah apa yang dia tadah.

Sekarang saya dalam usaha untuk bawak ustaz datang rumah saya tanpa bantuan suami saya sebab dia tak percaya. Doakan urusan saya di permudahkan.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra