Siakap Keli

Seriau Tengok, Ular Bisa Jadi Mainan Budak Lelaki

Seperti yang semua sedia maklum, ular merupakan reptilia yang berbisa dan boleh meragut nyawa haiwan lain malah turut boleh membunuh manusia. Ular dikelaskan dalam haiwan beracun dan sekiranya ia ‘menyuntik’ mangsanya, pasti akan menyebabkan kecederaan dalaman yang serius. Disebabkan itu, ramai dalam kalangan manusia yang takut sekiranya terpaksa berdepan dengan haiwan berbisa ini.

Namun, lain pula bagi seorang kanak-kanak ini yang seperti tidak ada langsung perasaan takut apabila terdapat seekor ular yang dipercayai ular tedung selar berada berdekatan dengannya. Menerusi satu rakaman yang dimuat naik oleh seorang warga Twitter, video tersebut memaparkan kanak-kanak lelaki itu seperti bermain dengan ular berkenaan malah siap memegangnya.

Walaupun ular tersebut dilihat dipegang dan ditampar-tampar oleh kanak-kanak itu, namun ular tersebut sama sekali tidak menyerangnya. Malah, ular berkenaan semakin mendekati tubuh kanak-kanak lelaki itu.

Perkara ini sangat luar biasa kerana ular tersebut tidak sekali pun dilihat membahayakan kanak-kanak itu walaupun diperlakukan dengan kasar. Disebabkan itu, warga Twitter turut mempersoalkan ilmu yang digunakan oleh kanak-kanak itu sehinggakan ular itu tidak menyerangnya. Tambahnya lagi, sekiranya dia berada dalam situasi itu, sudah pasti akan berasa cemas.

“Ini apa ilmu nie. Aku yang tengok pun cemas ya amat”

Sumber: Mr Shaiful Bahari

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.