Siakap Keli
Gambar: DW

4 Maut, Puluhan Cedera Dalam Bantahan Hina Nabi Muhammad

Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 50 yang lain cedera selepas polis Bangladesh melepaskan tembakan ke atas beratus-ratus orang Islam yang membantah dakwaan palsu dan kenyataan yang menghina Nabi Muhammad SAW yang dilemparkan oleh seorang individu di laman Facebook.

Menurut laporan, protes yang dihadiri kira-kira 20,000 penduduk Islam di bandar Borhanuddin dalam daerah Bhola itu tercetus apabila salah seorang pemuda memuatnaik kenyataan berunsur negatif tentang Nabi Muhammad SAW. Malah mereka menuntut supaya pemuda terbabit dikenakan hukuman bunuh.

Walaubagaimanapun, ketika ditahan pemuda berkenaan menafikan bahawa dirinya bersalah dan mendakwa bahawa akaun Facebooknya telah digodam oleh pihak tertentu. Berikutan itu, polis telah menahan tiga orang lelaki atas dakwaan menggodam akaun Facebook tersebut.

Jurucakap polis, Salahuddin Mia berkata bahawa mereka terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri apabila para perusuh bertindak membaling batu.

“Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 50 orang cedera,”

“Kami telah menghantar mereka yang tercedera ke hospital. Keadaan mereka kritikal.”

Sumber: News 18 & Straits Time

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)