Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Dia Suruh Bukak Tingkap, Berhenti Tepi..” Wanita Dedah Detik Cemas Dakwa Dikejar Lelaki Misteri

Malang tak berbau, pepatah lama yang masih dipegang erat sehingga hari ini. Kata-kata yang membuatkan setiap orang sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga untuk mengelakkan ditimpa kecelakaan.

Terutamanya bila berbicara mengenai keselamatan, ia ternyata bukan aspek yang harus dipandang remeh. Oleh itu, walau di mana pun kita berada, jangan sesekali lupa untuk menjaga keselamatan diri. Bukan bersangka buruk, tapi lebih kepada berhati-hati.

Tular di laman twitter perkongsian yang dimuatnaik oleh Azlin Syuhada yang menceritakan detik cemasnya tentang bagaimana dirinya ‘dikejar’ oleh penunggang misteri.

Azlin mendakwa bahawa ada seorang lelaki misteri yang cuba mengikutinya dan meminta dirinya supaya berhenti.

Cemas dengan situasi itu, Azlin lantas menekan pedal minyak memecut kenderaannya lebih laju. Azlin yang ketakutan meminta suaminya menemaninya dengan membuat video call melalui Facetime. 

Tidak terhenti di situ, Azlin medakwa bahawa penunggang tadi seakan memarahinya dan meminta supaya Azlin mematikan panggilan video tersebut.

Penunggang itu malah menghimpit kenderaan Azlin hingga ke kawasan tol.

Namun sebaik sahaja sampai di kawasan tol, kelibat penunggang tadi sudah tidak kelihatan. Walaubagaimanapun Azlin nekad untuk tidak pulang ke rumahnya, bimbang pemandu itu masih akan mengekorinya.

Azlin terus pergi ke pejabat suaminya, menanti untuk sama-sama pulang. Azlin mengatakan bahawa dirinya trauma selepas kejadian itu. Dia juga menyatakan bahawa ada kemungkinan penunggang misteri itu mempunyai niat tidak baik terutamanya kepada kaum hawa yang memandu berseorangan.

Azlin turut mencadangkan bahawa pemandu wanita seharusnya lebih berhati-hati dan perlu untuk menggelapkan cermin kereta sedikit sebagai langkah keselamatan.

Di akhir ciapannya itu, Azlin berharap bahawa kisah tersebut dijadikan pengajaran.

Di sebalik insiden cemas itu, warga net turut mengambil kesempatan untuk sama berkongsi kisah yang pernah terjadi kepada mereka.

Ada motor hon tunjuk tayar, dia ketuk tingkap suruh turunkan tingkap

Mungkin penunggang tu ada benda nak cakap, contoh kain terjuntai keluar ke…

Selalunya modus operandi mereka ni ada benda dekat belakang kereta, kalau ada orang buat macam tu, teruskan je memandu

Kalau jadi, jangan terus berhenti di kawasan sunyi dan tak ramai orang

Sumber: Azlin Shuhada

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)