Siakap Keli

Download Apps Je Cukup, Ini Cara Korang Nak ‘Shopping’ Tanpa Tunai, Siap Ada Ganjaran Lagi

Kalau cakap pasal diskaun mungkin tiada siapa yang akan menolak! Ye, zaman sekarang ni harga semua melambung tinggi, jadi jalan penyelesaiannya hanyalah dengan mendapat barangan tersebut dengan diskaun yang ditawarkan akan dapat membantu korang.

Guna je QRPay dalam akaun MAE tu untuk korang layan diskaun yang ditawarkan dan guna untuk pembayaran. Korang tak perlu lah bawa duit kertas tebal-tebal dalam wallet lagi!

Kalau bukan pemegang akaun Maybank pun boleh ke?

Ya, hanya muat turun Maybank App dan daftar untuk akaun MAE. Apa yang lagi best, walaupun korang bukan pemegang akaun bank Maybank, korang juga boleh menggunakan MAE tersebut serta diskaun yang diberi. Tak perlu pergi dan beratur kat mana-mana cawangan Maybank untuk daftar, semuanya kat hujung jari je! Ye lah, kan ada QRPay sekali dalam akaun MAE , senanglah nak berbelanja kan? Waa, seronoknya!

Mungkin sebelum ni korang pernah nampak lambang QRPay promosi tapi abaikan sebab korang bukan pengguna Maybank. Sekarang, korang jangan bimbang lagi. 

Melalui QRPay, korang sebagai pembeli boleh membayar apa yang dibeli melalui telefon dengan hanya mengimbas kod khas yang disediakan oleh penjual. Hanya semudah imbas, bayar dan selesai! Fuhh, mudah sangat!

Banyak tempat-tempat kegemaran korang telah menggunakan pembayaran secara QRPay ini lebih dari 10 syarikat gergasi yang menggunakannya antaranya, Watson’s, Tealive, Old Town White Coffee, Healthland, Nandos, Hermo, Sunway lagoon and Lost World of Tambun, Nasi Kandar Pelita, Original Penang Kayu Nasi Kandar, KFC, Boat Noodle, Ezcab dan Mydin serta lain-lain lagi. Senang lah korang lepas ni.

Ciri QRPay ni, pengguna tak perlu risau walaupun tidak ada akaun bank Maybank. Korang boleh menggunakan promosi yang ditawarkan dengan gembira!

Kejutan berganda untuk ‘kaki wayang’!

Korang boleh menikmati diskaun sebanyak RM 5 untuk semua pembelian kombo panggung wayang TGV untuk seluruh Malaysia. promosi ini hanya sah untuk pengguna Maybank2u dan MAE. Jadi, jangan lepaskan peluang sehingga 31 Disember 2019. Cepat-cepat aktifkan MAE korang!

Tak kurang juga untuk penggemar makan nasi kandar!

Korang yang suka makan nasi kandar tu boleh dapatkan diskaun 31% jika berbelanja minima RM15 di seluruh Malaysia termasuklah Nasi Kandar Pelita dan Original Penang Kayu.

Cuma gunakan kod Wahkandar sahaja. Promosi ini sah dari 1 Oktober hingga 31 Oktober 2019.

Apa yang lagi menarik, korang boleh dapatkan pulangan tunai sehingga RM50! Wow…

Paling penting, korang mestilah aktifkan Maybank QRPay melalui akaun MAE. Pilih fungsi PAY dalam Maybank QRPay dan berbelanja minimum RM10 di mana-mana cawangan yang terlibat.

Korang boleh menang sehingga RM50 cashback! Tempoh terhad sehingga 31 Disember 2019.

Korang tak perlu risau jika barangan kegemaran tak disenaraikan, korang boleh cuba untuk Jewel Rush dan barangan lain yang terlibat dalam merchant.

Korang nampak ‘pelekat comel’  Jewel Rush ni, boleh dapatkan cashback juga!

Korang boleh nampak peleket ‘comel’ di rak QRPay. Lakukan transaksi sekurang-kurangnya RM10 dengan QRPay melalui akaun MAE dan setiap transaksi akan ada simbol Jewel Rush untuk korang main dan menangi wang tunai! Sebanyak RM 2 jua cashback yang diberikan melalui Jewel Rush. Lagi banyak korang main, lagi besar ganjarannya!

Tetapi kena ingat, tak semua produk ada dalam Jewel Rush.

Bagi yang minat dengan Halloween, ini berita menarik untuk korang!

Kalau korang memang gemar dengan Halloween, Sunway Lagoon Night of Fright 7. Bestnya! Nikmati diskaun tiket Rm20 untuk tiket Ekspress Pass dan pastikan korang bayar melalui Maybank QRPay dengan akaun MAE.

Mari tonton video tutorial daftar akaun MAE supaya senang kerja korang nanti. Korang juga boleh menikmati promosi dan diskaun yang disediakan walaupun tanpa akaun Maybank.

Apa belum ada Maybank App? Jom muat turun sekarang di App Store atau Google Play Store ! Tunggu apa lagi, jangan lupa untuk ajak keluarga dan rakan untuk sama-sama mengenai Maybank e-wallet.   Selamat berbelanja!



Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang