Siakap Keli

Tipu Mertua Kata Anak Dah Hilang, Rupanya Ayah Tiri Dah Bunuh Anak, Tanam Dalam Belukar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Isu keganasan terhadap kanak-kanak menjadi bualan hangat masyarakat sekarang dan menjadi perkara yang paling sensitif.

Siapa yang tidak kenal dengan bekas peguam yang kini aktif di laman Twitter, Sir Kamarul berkongsi detik hitam seorang ibu tentang kematian anaknya yang dipercayai dilakukan oleh suaminya sendiri.

Seakan tiada lagi bahagia, hanya jalan gelap menanti kehidupannya apabila kehilangan anak tercinta. Ia merupakan satu ujian besar dalam hidup wanita bergelar isteri.

Mak ayah datang rumah pagi tu. Rindu nak jumpa cucu katanya. Mak pun terus tanya ‘mana cucu aku?’. Takde jawapan diberikan.

Menurut peguam ini, ketika kedua orang tua pasangan ini bertnayakan tentang cucu mereka, kanak-kanak tersebut sebenarnya sudah tiada. Bukan hilang tetapi isterinya terpaksa menipu ibunya kerana dipaksa oleh suaminya untuk mereka cerita.

Paling sadis, anak kecil yang tidak bersalah itu dibunuh oleh ayah tirinya.

Tambahnya lagi, suspek dan isterinya membawa mayat anak mereka ke sebuah tempat tidak jauh daripada tempat kediaman mereka. Suspek mengali lubang dan tanam mayat anaknya di situ.

‘baby, uncle tak bunuh, uncle tak sengaja, uncle minta maaf’

Dalam kicau tersebut, isteri suspek dikatakan terpaksa membuat laporan polis yang mengatakan anak mereka hilang, namun keterangan yang diberikan agak mencurigakan sehinggakan suspek ditahan pihak polis.

Suspek didakwa atas tuduhan membunuh di bawah seksyen 302KK di mahakamah Tinggi Taiping. Mahkamah dah buat keputusan. Suspek bersalah dan dihukum gantung sampai mati.

Ketika menceritakan detik-detik kejadian bunuh, suspek asyik tersenyum. Tiada pun riak wajah menyesal dan takut…Suspek sedar dan waras ketika kejadian berlaku

Ahli kimia mengesahkan mangsa merupakan anak tiri suspek.

Suspek mereka reka cerita mangsa mandi bersama isterinya dan mangsa dilemaskan dalam bilik mandi.

Suspek bersalah membunuh mangsa yang berusia 4 tahun setengah.

Apa yang menyedihkan, perkongsian Kamarul mengatakan semasa hidup bersama, mangsa sering dibuli dan didera suspek. Namun, punca sebenar mangsa dibunuh masih menjadi tanda tanya.

Sumber: Sir Kamarul

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)