Siakap Keli

(Video) “Pergi Beli Nasi Goreng Ke?” Sikap Suka ‘Topup’ Di Plaza Tol Buat Pemandu Lori Membebel Dalam Loghat Perak

Dengan jumlah tontonan hampir 1 juta, bebelan ‘abang lori’ ini benar-benar mencuit hati warga net. Sesuai dengan senario yang selalu berlaku disekeliling kita, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang disampaikan dalam video berdurasi 2 minit ini.

Mesej singkat yang disampaikan oleh seorang individu dipercayai merupakan pemandu lori itu menjelaskan keadaan yang sering kali berlaku terutamanya di kawasan tol.

Dia mendakwa bahawa ada beberapa buah kenderaan di hadapan yang sering ‘menyusahkannya’ dan salah satu daripada kenderaan berkenaan terlupa untuk menambah nilai kad Touch & Go mereka.

Video ‘bebelan’ tersebut benar-benar menagkap perhatian netizen sehinggakan ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi, pendapat dan pengalaman yang dikongsi oleh mereka.

Aku selalu topup kat pasaraya sebab taknak susahkan orang lain dan masa aku terbuang kat lorong topup

Punyalah banyak pasaraya, last-last lorong topup yang jadi mangsa? Betullah brader ni cakap, janganlah jadi orang yang menyusahkan orang lain

Dah tau tak detect, touch la kad tu, ni ke depan ke belakang.. Dia ingat kereta dia bersiz nano?

Kalau dah tak tahu berapa baki kad tu, topuplah dulu! Jangan nak main teka teki kat toll gate nyusahkan orang pulak tunggu kau!

Jurutol pun satu hal, cuba duduk kat belah kiri sekali untuk topup, ni macam kita pulak kena teka tol mana satu yang boleh topup, adeh!

Respek abang ni, walaupun marah, takda satu pun keluar ayat carut maki hamun, siap melawak lagi

Tahu bawak kereta tapi malas nak ambik port pasal touch and go

Sendiri malas takda inisiatif lepas tu salahkan orang lain, topup pun RM10.00 pakai kereta mahal

Sumber: Ikidd

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.