Siakap Keli

(Video) Tetamu Hadir Kalungkan Rantai Duit, Viral Raja Sehari Bersanding Tenggelam Dalam Wang Kertas

Viral di media sosial baru-baru ini satu klip video yang menunjukkan suasana luar biasa dalam satu majlis perkahwinan yang dipercayai berlansung di negara jiran, Indonesia.

Melalui video berkenaan, dapat diperhatikan para tetamu yang hadir mengalungkan ‘rantai’ duit kepada pengantin perempuan dan juga lelaki, dipercayai sebagai pemberian.

Perkongsian yang dibuat oleh @hati2dimedsos itu pantas mencuri perhatian netizen dan sehingga kini sudahpun mendapat sebanyak 2.2k Like dan jujga diretweet sebanyak 1.9k. Ia juga ditonton lebih 100 ribu kali.

Walaupun tidak dapat dipastikan dengan jelas jenis dan nilat not yang dikalungkan, namun ia dilihat berjaya menenggelamkan bahagian atas badan pengantin hingga yang kelihatan hanyalah kepala.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen melucukan pada perkongsian tersebut antaranya berkata “Ia lebih bagus daripada melihat bekas kekasih hadir ke kenduri kahwin teman wanitanya”.

Sumber: @hati2dimedsos

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.