Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ahli Parlimen Didakwa Menipu Ujian Universiti, Upah 8 Orang Mirip Dirinya Duduki Peperiksaan

Seorang ahli parlimen Bangladesh telah dibuang dari universitinya setelah didakwa mengupah lapan individu persis dirinya untuk mengantikan dirinya mengambil peperiksaan.

Dia dituduh atas kesalah mengupah beberapa orang untuk berpura-pura menjadi dirinya untuk menduduki 13 ujian. Perkara itu terbongkar selepas video penyamar tersebut di dewan peperiksaan dirakam oleh sebuah stesen televisyen tempatan menjadi tular.

Ahli parlimen tersebut yang memenangi pilihan raya pada tahun lepas telah mengambil Ijazah Sarjana Muda di universiti berkenaan.

“Kami membuangnya kerana dia telah melakukan jenayah, jenayah tetap jenayah. Kami juga telah membatalkan pendaftarannya. Dia tidak akan dapat masuk ke sini lagi.” Kata pengarah univeristi terbabit.

Seorang pegawai kolej menjelaskan “Individu yang menyamar sebagai pelajar itu dilindungi oleh ahli parlimen ketika mereka menduduki ujian tersebut. Ramai pelajar yang menyedari hal tersebut namun takut untuk melaporkannya kerana dia datang dari keluarga yang berpengaruh.

Ahli parlimen itu bagaimanapun masih tidak memberikan sebarang komen berkaitan perkara tersebut.

Sumber: The Guardian 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.