Siakap Keli
Gambar: Instagram

“Cantiknya Kak Mitch Bertudung, Ayu Sangat”, Netizen Cair Tengok Misha Omar Bertudung

Sudahlah cantik, berbakat pula. Nama Misha Omar pastinya tidak asing dalam industri hiburan tanah air. Dengan vokal yang padu serta persembahan yang mantap, selebriti ini telah mencuri hati ramai peminat setia dari dulu sehingga kini.

Berbeza daripada kebanyakan artis lain, Misha sering tampil dengan rambut pendek ala lelaki. Namun baru-baru ini, imej beliau mendapat pujian ramai peminat apabila mengenakan tudung dan baju kurung berwarna merah jambu di majlis pernikahan kawan rapatnya.

Dengan anak perempuan Abang @mimieomar, Kyra … Huwaaaa.. Berapa tahun lagi ni bang kau nak dapat menantu? Kami di sini menghadiri majlis ijabkabul @marinamerina & Daniel. Doakan ya, semoga dipermudahkan.

Berikutan itu, ramai netizen meluahkan kekaguman melihat Misha yang manis bertudung.

“Lagi cantik manis bila bertudung”

“Ayu sangat-sangat..”

“Seindah suara k. Mitch..”

“Tolong teruskan”

Misha turut berterima kasih atas doa netizen agar beliau istiqamah berhijab.

Sumber: Instagram

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.