Siakap Keli
Gambar: Mirror

Ditemui Berjalan Seperti Binatang Buas Dan Hanya Tahu Menyalak, Budak Dipercayai Didera, Dijadikan Pelacur Oleh Ibu Sendiri

Seorang ibu didakwa membesarkan anak yang berperwatakan seperti ‘Mowgli’ di dalam sebuah sangkar serta ingin menjualnya kepada golongan pedofilia semata-mata hanya untuk sebotol arak.

Difahamkan, ketika kanak-kanak itu ditemui, dia dilihat sedang berjalan seolah-olah seperti binatang buas yang sedang ketakutan kerana berjalan menggunakan tangan serta kakinya dalam keadaan merangkak selepas dia berjaya melarikan diri daripada sebuah sangkar.

Gambar: Mirror

Menurut laporan dari Oryol di Rusia mendakwa bahawa kanak-kanak itu tidak reti bertutur sebaliknya menyalak dan melolong sebagai cara untuk berkomunikasi.

Ketika ditemui, kanak-kanak itu sedang berada di dalam kepenatan yang terlampau ekstrim.

Kanak-kanak perempuan yang berada di bawah jagaan ibunya bernama Medina, 38, itu telah dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan.

Gambar: Daily Mail

Kakitangan hospital menyatakan bahawa kanak-kanak itu tidak mahu tidur di atas katil kerana tidak biasa sebaliknya hanya meringkuk dan makan makanannya secara menyambar seperti seekor binatang buas yang kelaparan.

Menurut sumber, ibu kepada kanak-kanak itu telah memaksanya hidup didalam sebuah sangkar bersama dengan anjing, itik, lembu, ayam ketika musim panas dan sejuk.

Gambar: Daily Mail

Ibu kepada 8 orang anak itu walau bagaimanapun telah menafikan dakwaan yang dibuat kepadanya dan pihak polis masih lagi menyiasat tuduhan yang dibuat ke atasnya itu.

“Ibunya itu seorang kaki botol, kanak-kanak itu merupakan anaknya yang ke lapan”, lapor seorang sumber kepada Oryol Times.

“Baki kesemua anaknya yang lain telah berada di bawah jagaan jabatan kebajikan”, ujarnya.

“Dia telah menyorokkan anaknya itu dengan segala cara yang mungkin. Semasa di rumah, anaknya itu telah dikurung di dalam sangkar, dan jika dia hendak pergi ke mana-mana bersama anaknya itu, dia akan menyumbatnya ke dalam beg”, katanya.

“Demi sebotol arak, dia sanggup menjual anaknya untuk dijadikan hamba seks pedofilia,” tambahnya lagi.

Pihak berkuasa Rusia telah melancarkan siasatan bagi menyiasat kes yang melibatkan pengabaian kanak-kanak kerana gagal menjaga kanak-kanak tersebut seperti yang sepatutnya.

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.