Siakap Keli

Dituduh Tahan Lori Melulu, Jadi Punca Penunggang Motosikal Putus Kaki, JPJ Buat Laporan Polis

Rakaman memaparkan beberapa individu memarahi tiga anggota JPJ yang menjalankan tugas tular di media sosial malam tadi. Video yang dipercayai berlaku di Kilometer 46, Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi, Hulu Terengganu (Kampung Tok Dor) itu turut memperlihatkan seorang individu mencabar anggota JPJ untuk bergaduh.

Kejadian yang sempat dirakam dalam video berdurasi hampir 2 minit itu didakwa berlaku kerana pihak JPJ telah menahan lori secara melulu dan penyebabkan pemandu berkenaan terpaksa memberhentikan lorinya secara mengejut. Disebabkan itu, sebuah motosikal telah merempuh belakang lori terbabit dan mengakibatkan penunggang parah dan putus kaki.

Berikutan itu, orang awam yang tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut meluru ke arah JPJ dan tercetuslah provokasi di mana  mereka telah bertindak merosakkan kenderaan agensi berkenaan.

Ada juga dakwaan yang menjelaskan tentang punca sebenar kejadian tersebut,

Menurut laporan terkini, Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu telah pun membuat laporan polis berhubung video tular sekumpulan individu mencetuskan provokasi itu.

Sumber: Sarawak Roads Update

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)