Siakap Keli

“Doktor Kata, Jari Mungkin Mati”, Jari Budak Hampir Putus, Terhiris Ketika Main Gril Besi Kat Rumah

Kanak-kanak adalah golongan yang cenderung untuk mendapat kecederaan sekiranya pergerakan mereka tidak diawasi oleh penjaga. Ini kerana, disebabkan sifat ingin tahu serta aktif bermain membuatkan mereka ini berisiko dalam mendapat kecederaan.

Kejadian yang tak diingini sebegini boleh dielakkan sekiranya para penjaga memberi perhatian yang lebih dalam setiap gerak geri yang ingin dilakukan kanak-kanak itu.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Anieza Niera ada berkongsikan tentang kejadian yang telah menimpa adiknya semasa bermain di pagar rumah. Kecederaan yang menimpa adiknya itu agak serius dan kritikal juga.

Dengan niat untuk menyedarkan masyarakat, dia telah berkongsikan kisah yang menimpa adiknya itu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian yang telah dikongsi olehnya seperti berikut:

Pengajaran untuk kita semua.

18/10/2019

7.00 pagi
Buat persiapan di rumah sebab ada buat kenduri sedikit.

1.00 tengahari
Kejadian ni terjadi masa ni. Adik bongsu bermain dekat grill besi. Dia gantungkan tangan dekat situ. Bila badan tidak boleh imbang, jatuh. Terus putus jari. Sepatutnya masa ni letakkan jari yang putus dalam ais. Tapi bila kelam kabut, tak ingat langsung

Bawa pergi kecemasan. Doktor terus cari ais. Letakkan dalam ais (Nasib jari masih hidup). Bila bawa pergi hospital besar. Doktor terus buat pembedahan untuk sambungkan jari terputus tu. Mengambil masa 2 jam 1/2 untuk siap. Doktor bagitahu, hanya 1 urat sahaja boleh diselamatkan. Yang lain hancur.

19/10/2019

Doktor menunggu aliran darah melalui jari yang disambungkan tu. Macam-macam cara. Pertama, cucuk ubat cairkan darah. Kedua, letak bawah lampu supaya darah mengalir dengan baik, lega dengar.

Tetapi semalam doktor cakap, jari makin kecut. Darah masuk pun secara paksa. Tak sampai ke kuku. Mungkin jari akan mati. Ya allah kesian poksu.

Tapi doktor bagi masa 2 hari. Kalau pengaliran darah tak cantik, akan buat pembedahan balik. Buang jari yang disambungkan tadi.

Ya allah, semoga ada keajaiban darimu. Hanya mu sahaja boleh memakbulkan. Kalau boleh ambik jari kak long pun ambik lah. Sebab kak long tua dah. Poksu masih memerlukan jari tu.

Untuk anda diluar sana, jika ada grill di rumah, berhati-hatilah. Kalau boleh lindungkan yang tajam tu supaya tak terjadi macam poksu.

Sumber: Anieza Niera

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.