Siakap Keli

Kagum, Daripada 50 Pek Kerani Sekolah Jana Ratusan Ribu Ringgit Sebulan Hanya Jual Pekasam Daging

Siapa sangka bisnes kecil-kecilan mampu jana ratusan ribu ringgit? Mesti ramai daripada kita ni teringin nak miliki pendapatan lumayan setiap bulan. Tapi, kalau tak usaha daripada duit tu nak datang? Jatuh daripada langit?

Zaman semakin maju ni, kita boleh tengok dekat semua platform pun orang boleh buat duit. Instagram, Facebook, Shopee dan sebagainya. Cuma nak dengan tak nak je. Kita ni bila tengok orang lain kongsi rahsia kejayaan, mulalah rasa iri hati. Tak pernah kita terfikir susah-payah dorang nak sampai ke tahap tu. Bukan senang nak jadi senang. Allah tu pun mahal adil.

Kalau kita duduk saja, macam mana Dia nak bagi?

via GIPHY

Korang patut baca kisah kerani yang mampu jana ratusan ribu ni hanya dengan jual pekasam. Rasa bangga bila bangsa kita sendiri, wanita pula tu ‘menakluki’ industri perniagaan. Sedikit sebanyak boleh jadi contoh buat anak-anak muda.  Tiada benda yang mustahil.

Puan Balkis Mohd Soib pemilik Pekasam Daging Hakak Maneh dari Bagan Serai, Perak yang dahulunya hanya seorang kerani sekolah biasa berjaya buat ratusan ribu ringgit dengan menjual pekasam daging secara part time. Fuhh, macam tak percaya.

Semua ini bermula selepas dia menghadiri Millionaire Marketing Mastery daripada Dr Azizan Osman sejak awal 2018.  Cerita ini digarap terus daripada penulisan Dr Azizan sendiri.

Abang agak terperanjat semalam! Kerani sekolah mampu buat ratusan ribu ringgit sebulan berniaga Pekasam Daging secara part-time! Kau?

Seorang Titan baru ini nama dia Balkis, dia capai jualan ratusan ribu tahun lepas dan tahun ini selepas hadir MMM (Millionaire Marketing Mastery) dan sampai sekarang dia masih bekerja sebagai kerani sekolah.

Da sangat stress sehingga sakit sebab pagi hingga petang kerja kerani sekolah then lepas kerja nak kena uruskan bisnes pekasam daging dia lagi.

Abang tanya, kenapa tak berhenti? Dia cakap, guru besar tak bagi berhenti! Huh??

Kenapa? Dia cakap sebab Guru Besar takut tak ada kerani lain ganti kerja dia. Abang tergelak besar! Then Abang tanya, kenapa dia mulakan bisnes dan kenapa dia berniaga pekasam daging ini?

Dia cakap dia nak mulakan bisnes 2 tahun lepas selepas suami dia, seorang pemandu lori asyik kemalangan kerana tertidur ketika memandu lori sehingga patah patah tulang semua. Dia sangat sedih dan dia nak ubah hidup dia serta dia nak suami dia ada pendapatan lain tidak perlu memandu lori lagi!

Abang terkesima dengar betapa besarnya jiwa dan kasih sayang dia kepada suami dia.  Jarang Abang dengar luahan jujur macam ni.

Menurut perkongsian Puan Balqis bersama Dr Azizan, dia mengakui tidak pernah ada sejarah berniaga sebelum ini tapi suka tengok pengisian video Dr Azizan dan tekad untuk mula berniaga berbekalkan ilmu yang ditonton.

Hebat Puan Balqis ni. Tak ramai yang tekad nak ubah hidup macam ni.

Dia kata dalam video tu cakap, kalau nak bisnes, mulakan dengan “Apa yang ada ditangan”….

Dan ketika dia tonton video tu, apa yang ada ditangan dia adalah pekasam daging yang dia tengah makan. Kebetulan, dia tahu buat pekasam daging. Jadi dia pun buat beberapa pek untuk cuba-cuba nak tanya ada tak kawan-kawan yang nak beli.

Tak sangka daripada hanya nak cuba-cuba, 50 pek pekasam daging pertama habis terjual. Sejak itu, bermulalah perjalanan Puan Balqis sebagai usahawan part time yang tak pernah muak belajar berniaga melalui video-video percuma Dr. Azizan.

Long story short, dia buat 50 pek dan bukan sahaja habis dijual tapi tidak cukup. Dan bermulalah dia membuat dan menjual pekasam daging sambil belajar melalui video-video percuma Abang sebelum dia buat keputusan hadir ke kelas-kelas Abang dan dia sebut, MMM membantu berikan dia ilmu dan strategi melonjakkan jualan sampai cecah RM80,000 sebulan.

Tapi Abang percaya, mereka ini berjaya dari kosong sampai jutawan atas izinNya kerana mereka nak ubah dan bertindak komited ubah. Bukan hanya nak, cakap sahaja atau sekadar kentut macam ramai orang lain yang hidup mereka masih sama.

Faham?

Pendaftaran Program Nak Ubah Hidup 2020 telah pun dibuka. Kalau korang yang baca ni nak mulakan langkah kejayaan dalam bisnes boleh layari www.nakubahhidup2020.com. Satu program mega yang bakal berlangsung pada 25-27 Januari 2020 di Setia City Convention Center (SCCC), Shah Alam.

Jadikan permulaan tahun 2020 sebagai titik kejayaan korang.

Nak Ubah Hidup, Kuasai Potensi Diri

Info lanjut :

Website Nak Ubah Hidup

Emel : [email protected]

Hotline : 1300882424

FB Azizan Osman

IG Azizan Osman

Youtube Azizan Osman

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.