Siakap Keli

“Kami Islam, Tak boleh Buat Ni…”, Diberi Hanbok Percuma, Pelancong Malaysia Nyaris Tertipu, ‘Join’ Upacara Agama Orang Korea

Setiap orang yang pernah mengembara ke negara orang pastinya sukar untuk melupakan detik-detik indah yang dilalui semasa berkunjung ke destinasi yang dikunjungi.

Namun, lain pula ceritanya yang dilalui enam sahabat ini ketika berkunjung ke negara Korea Selatan sebagai destinasi percutian mereka pada Oktober lalu.

Pengalaman yang pastinya sukar untuk dilupakan enam sahabat itu telah diceritakan sendiri oleh @khairinkhan menerusi satu perkongsian yang dikongsi melalui akaun Twitternya.

Menurutnya, semasa sedang bersiar-siar di sebuah kawasan di negara tersebut, mereka telah didatangi dua orang yang mendakwa diri mereka sebagai pelajar sebuah universiti tempatan di sana.

Kedua-dua pelajar tersebut kemudiannya mengajak mereka untuk merasai budaya Korea yang diadakan di universiti mereka sambil mengumpan mereka dengan menawarkan pemakaian Hanbok (pakaian tradisional Korea Selatan) secara percuma.

Kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu, mereka pun menerima tawaran tersebut dan telah dibawa ke sebuah pusat komuniti yang terletak jauh daripada Seoul dan bukan seperti yang dijanjikan,

Sesampainya mereka di pusat komuniti tersebut, mereka telah diberi sepasang Hanbok yang dipercayai diguna pakai untuk upacara sembahyang.

Ketika sedang dalam perjalanan memasuki sebuah bilik yang terdapat di pusat komuniti itu, mereka telah diberitahu bahawa penggunaan kamera di dalam bilik tersebut adalah dilarang.

Sejurus tiba ke bilik tersebut, mereka menyedari bahawa rupa-rupanya mereka telah dijemput untuk mengikuti upacara keagamaan dan bukannya aktiviti kebudayaan seperti yang dijanjikan.

Semasa upacara tersebut bermula, mereka telah disuruh pandang ke bawah sambil mereka membaca mantera. Mereka kemudiannya disuruh untuk mengikuti pergerakan tunduk dan sujud yang dilakukan.

Menyedari bahawa perkara itu boleh mendatangkan kesesatan pada akidah mereka, @khairinkhan dengan beraninya telah menolak untuk berbuat demikian dan menyatakan pada mereka bahawa “we can’t do this as muslim” sehingga mereka akur walaupun pada mulanya mereka cuba membahas.

Selepas daripada itu, mereka telah diarahkan untuk duduk di bahagian bilik tersebut.

“Dengan asapnya dia bakar kertas, lepastu diorang ajak makan buah yang telah disembah tu”, katanya.

Namun dia tetap dengan pendiriannya dan tidak memakan buah tersebut. Selepas habis semua upacara kegamaan yang dijalankan itu mereka telah menyedari bahawa semuanya dilakukan hanya untuk meminta derma bagi tempat tersebut.

“Kami hanya bagi 1000 Won (RM4) lepas tu kami beransur dari tempat itu”, ujarnya.

Mereka telah mempersoalkan pemberian yang diberi olehnya kerana nilai yang diberi itu sangat kecil. Namun, dia menjelaskan bahawa mereka hanyalah sekumpulan ‘traveller’ dan tidak membawa duit yang banyak lalu mereka pun terus meninggalkan tempat tersebut.

Perkongsian yang dikongsi olehnya itu telah menjadi tular di laman sosial Twitter sehingga mendapat ‘retweet’ sekitar 5,300 pengguna.

Kisahnya ini perlulah dijadikan pengajaran serta peringatan bagi sesiapa sahaja yang bakal bercuti ke luar negara supaya sentiasa berhati-hati ketika berkunjung ke negara asing bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak di ingini berlaku.

Sumber: @khairinkhan

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.