Siakap Keli

Kemalangan Jam 7.30 Pagi, Wanita Terkejut Ada Gambar Kemalangan Sama Diambil Sejam Lebih Awal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin ada sesetangah perkara yang tidak dapat dihuraikan penjelasannya namun tetap berlaku disekeliling kita. Misteri, apabila salah seorang mangsa kemalangan mendakwa ‘dirinya’ terakam dalam sekeping gambar satu jam lebih awal sebelum tempoh kemalangan sebenar.

Menurut mangsa, Faizah Mohd Noh, kemalangan itu terjadi pada 11 Oktober lalu (jam 7.30 pagi) semasa dia sedang memandu kenderaannya di Taman Wira Mergong, Kota Setar.

Gambar: Faizah Mohd Noh

Faizah menjelaskan ketika dihubungi Siakap Keli bahawa dia menetap di Kedah namun perlu berulang alik setiap hari dari Langgar ke Kangar untuk bekerja.

“Saya memang dalam perjalanan pergi kerja pagi tu. Keluar dari rumah pun, sudah jam 7.oo pagi. Saya cuba ingat, kalau ada bagi sesiapa untuk ambil gambar tu.

Tapi, saya puas cuba ingat kalau ada bagi sesiapa phone tu untuk ambik gambar, memang tak ingat langsung. Kalau betul saya ada bagi telefon kat orang, kenapa jam di telefon tu tak sama?

Saya tak pernah ubah setting jam di telefon. Malah, sehari selepas kejadian, saya cuba snap foto untuk melihat jika jam ada masalah. Rupanya, tak ada masalah pun. Sama juga sehari sebelum kejadian. Memang masanya (jam) tepat saja.

Waktu tercatat 6.26 pagi sedangkan kemalangan berlaku pada pukul 7.30 pagi

Saya ada ambik gambar kereta saya yang kemalangan tu. Tapi, bila dilihat balik dalam galeri, ada beberapa keping lagi yang bukan diambil oleh saya.

Jadi ketika  saya belek-belek gambar tersebut, Saya lihat ada pulak gambar saya sendiri dalam tu. Saya pelik, macam mana boleh ada saya dalam gambar? Maksudnya memang ada org yang ambil gambar saya. Tapi siapa?

“Kejadian ini memang misteri. Waktu itu, saya sendiri hubungi 999, hubungi kawan-kawan, telefon memang ada di tangan saya,” 

Gambar itu ada dalam galeri camera, bukan whatsapp image. Dan, apabila tengok details, Jam di foto tu jam 6.26 pagi, sedangkan kemalangan itu berlaku pada jam 7.30 pagi.”

Sumber: Faizah Mohd Noh

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)