Siakap Keli

“Kuat Mana Diikat, Pasti Akan Terlucut,” Kak Girl Sah Bercerai, Tiada Lagi Tarian Bollywood Dalam kereta

Mula muncul dengan siri video parodi di laman media sosial, nama Nur Amira Maslan, 30, atau lebih dikenali sebagai Kak Girl mula melonjak naik dalam industri hiburan tanah air.

Namun siapa sangka, disebalik gelagatnya bersama suami yang lucu menjadi penghibur orang lain, ada kisah yang disimpan tidak terluah.

Menurut laporan media arus perdana, Kak Girl telah sah bercerai talak satu pada ahad lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor. Punca keretakkan rumahtangga mereka dipercayai adalah disebabkan tiada lagi persefahaman antara mereka

Malah Kak Girl juga ada memuatnaik gambar di laman instagramnya semalam, seolah-olah mahu memberi ‘hint’ mengesahkan perkara tersebut.

“kuat mana diikat, pasti akan terlucut, andai disambung lagi,tidak sekuat dulu, kerana cuma aku, yang menarik bukan lagi tanganmu “

Gambar berkenaan dipenuhi komen darip pengikutnya yang rata-rata memberikan kata semangat dan mendoakannya.

Terus kuat, moga ini akan membawa anda ke jalan yang lebih baik

Bila Kak Girl post macam ni baru saya perasan, dah lama Kak Girl tak buat video nyanyi-nyanyi dengan suami dalam kereta

Terus tabah. Jaga diri dan apa pun yang terjadi

Semoga baik-baik je untuk Mira

Sumber: Kak Girl Sebenar

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)