Siakap Keli

OKT Terjun Dari Tingkat Tiga Bangunan Mahkamah

JOHOR BAHRU, 22 Oktober (Bernama) – Tindakan seorang suspek kes samun untuk cuba melarikan diri daripada proses reman dengan terjun dari tingkat tiga bilik reman Mahkamah Johor Bahru di sini, semalam, membawa padah apabila peha dan pergelangan tangannya patah selain mengalami retak pada bahagian rahang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu berlaku ketika suspek, lelaki berumur 30 tahun itu dibawa ke bilik berkenaan untuk permohonan lanjutan reman berkaitan kes samun.

“Semasa proses bacaan reman hendak berjalan, tangkapan (suspek) berada di dalam ruang reman Orang Kena Tuduh (OKT) di bahagian tengah dan sedang duduk sementara menungu giliran untuk bacaan permohonan reman.

“Suspek kemudian meloloskan diri dengan cara melucutkan gari daripada pergelangan tangannya secara paksaan dan terus keluar melalui tingkap sebelum terjun,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditangkap semula oleh anggota polis pengiring di tingkat bawah mahkamah dan kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan.

Shahurinain berkata, siasatan terhadap suspek mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(1) Akta Pengangkutan Jalan 1983, masih diteruskan mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.