Siakap Keli

“Tenanglah Kau Disana One2,” Ahli Kumpulan 4U2C Meninggal Dunia

Salah seorang ahli kumpulan 4U2C, Nirwan Irwan baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi. Perkara itu disahkan sahabat yang juga sama-sama menganggotai kumpulan rap itu, Dato’ AC Mizal.

Dalam muatnaik terbaru AC Mizal menerusi Instagram, beliau meluahkan rasa sedih. “Allah lebih menyayangi kau.”

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Nirwan dan semoga Allah tempatkannya dalam kalangan orang beriman.

Berikut adalah kenyataan dari instagram AC Mizal:

Salam semua , baru dapat berita bahawa sahabat saya , ahli kump saya 4U2C baru jer meninggal dunia, sedih teramat aku bro , dgn pemergian kau, teringat aku zaman kita dulu 4u2C. Allah lebih menyayangi kau semuga kau di tempatkan bersama2 org yg beriman, saya mohon pada semua sama2 la kita Sedekahkan Alfatihah buat Arwah , tenangla kau disana One2 ( NIRWAN IRWAN)  love u buddiess

Sumber: Dato AC Mizal

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)