Siakap Keli

(Video) Tak Tahu Nak Beza Emas Tulen Atau Palsu, Ini Satu Cara Yang Boleh Korang Cuba

Sebelum kita tertipu terbeli emas tiruan atau palsu, kita perlulah mengetahui beberapa kaedah untuk menentukan ketulenan emas yang dibeli itu asli atau tiruan.

Pada kebiasaannya, tanda atau kesan awal boleh dilihat bagi si pemakai emas jika emas itu tidak tulen. Sekiranya terdapat sebarang kesan atau tanda pada kulit atau apa-apa perubahan warna pada barang kemas tersebut, kemungkinan barang kemas itu adalah palsu.

Mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana nak tentukan ketulenan emas itu benar atau tidak. Terdapat pelbagai ujian atau pengesahan boleh dilakukan untuk memeastikan ketulenan emas yang dibeli.

Menerusi perkongsian video di Facebook, ketulenan emas boleh ditentukan menggunakan cecair asid, dimana kesannya dapat dilihat dengan cepat melalui proses tersebut.

Ketulenan emas boleh diuji menggunakan ujian asid. Emas akan digosokkan pada batu hitam dan kesan geseran yang terdapat pada batu itu diletakakn asid hydrochloric dan juga asid nitric.

Kemudian, tentukan ketulenan emas tersebut melalui bacaan PH yang betul. Jika emas itu tulen kesan kekuningan terang dapat dilihat apabila gosokan emas dibuat diatas batu hitam, manakala emas tidak tulen dapat dikesan dari warnanya yang agak gelap.

Selain dari teknik diatas, terdapat juga cara menguji emas dengan merendam emas kedalam asid.

Sumber: Facebook

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)