Siakap Keli

Parkson Tawar Diskaun Kaw-Kaw Sehingga 70% Untuk Macam-Macam Barang Keperluan Rumah

Orang Malaysia dengan shopping boleh diibaratkan macam adik-beradik yang tak boleh dipisahkan. Lebih-lebih lagi kalau ada sale dengan diskaun yang amat menggiurkan, lagilah ‘hubungan’ tu tak boleh nak diputuskan.

Pantang ada jenama-jenama besar buat sale, pasti sesak dengan pengguna-pengguna yang tak mahu melepaskan peluang mendapatkan barangan yang dihajati, pada harga yang telah dipotong.

Jadi, sempena meraikan semangat unik rakyat Malaysia ni, kami ada satu berita gembira daripada #ParksonMalaysia. Kalau brand-brand lain selalu offer diskaun antara 10% – 20%, Parkson kali ini tampil dengan tawaran yang sangat menarik, bagi kami memang tak boleh dilepaskan.

via GIPHY

Sempena #ParksonHomeAffairs #2019 yang bermula sejak 18 Oktober sehingga 3 November ni, gedung beli-belah terkemuka ini tawar diskaun 50% sehingga 70% tau.

Semua diskaun-diskaun ini ditawarkan untuk semua barangan kelengkapan memasak, kelengkapan dapur, barangan elektrik dan keperluan rumah. Yang bestnya, banyak diskaun-diskaun ini untuk produk-produk import tau. Memang berbaloi sangat.

Kami senaraikan siap-siap untuk korang semua di bawah:

via GIPHY

Cookware & Kitchenware

Hampir semua jenama-jenama premium ada ditawarkan diskaun kali ini. Bermula daripada La Gourmet, Thermocafe, Relax, Jamie Oliver sehinggalah Roichen. Selain itu ada juga Zwilling, Clip Fresh dan Chefology.

Diskaun yang ditawarkan diantara 50% sehingga 70%. So, kalau anda selama ni dah mengidam nak pakai barang-barang kat atas, atau nak surprise isteri, mak inilah masanya. Berbaloi beli. Dengar kata nanti ada ‘Bundle Promo’, nak tahu apa lagi yang menarik korang kena la singgah Parkson nanti.

Electrical

Yang ni pun jenama-jenama yang ditawarkan diskaun boleh tahan jugak. Antaranya adalah Tefal, Faber, Elba dan Oster. Untuk kategori ni, diskaun yang ditawarkan diantara 20% hingga 50%.

Dining

Untuk kategori Dining pulak, jenama-jenama yang ditawarkan adalah Corningware, Empire, Vatiri, Bodum, Fabian dan Luminarc.

Offer yang Parkson bagi untuk korang yang ni pun tak kurang menariknya juga. Glassware dari Ecology jugak menawarkan BELI 1 PERCUMA 1, boleh tengok poster kat bawah.

Household

Antara jenama-jenama yang dibawa untuk dipromosikan dengan diskaun kaw-kaw adalah D’Home, Algo dan Home +. Amat berbaloi untuk korang melabur kali ini sebab ada promosi harga yang sangat banyak dan inilah masanya untuk korang ganti semua household items dalam rumah yang dah lama sangat pakai.

Rugilah kalau promosi diskaun kaw-kaw sehingga 70% ni terlepas, sebab kami yakin tawaran macam ni korang takkan dapat jumpa kat tempat lain. Dahlah diskaun tinggi, siap ada promosi harga istimewa dengan tawaran beli satu percuma satu lagi.

Lagi bagus kalau korang cepat-cepat pergi Parkson sebab promosi ni tak lama, sampai 3 November depan ja. Datang bila-bila masa, staf-staf #Parkson yang mesra semua sedia menanti untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk korang.

via GIPHY

Jangan lupa layari laman web, Facebook dan Instagram Parkson untuk maklumat lanjut. Ingat, nanti berbelanja guna Parkson Card okay atau layari https://www.parkson.com.my/member-register-pc untuk mendaftar secara atas talian.

#Parkson #ParksonMalaysia #ParksonHomeAffairs #Homes #2019

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.