Siakap Keli

Main ‘Game’ Tanpa ‘Lag’, Ini Sebab Redmi Note 8 Pro Peranti ‘Mid-Range Gaming’ Terbaik 2019

Sememangnya memiliki telefon pintar berprestasi tinggi merupakan idaman bagi kebanyakan orang terutamanya golongan tegar ‘gaming’. Apa tidaknya, peranti yang berprestasi tinggi dapat memberi kelancaran ketika pengguna sedang bermain game tanpa lag. Ianya adalah sesuatu yang sangat penting terutamanya ketika bermain game di dalam talian.

Namun begitu, bagi memilik telefon pintar yang berprestasi tinggi sudah pastinya memerlukan modal yang tinggi ekoran harganya yang mahal. Malah, ada yang sanggup bekerja keras semata-mata untuk mendapatkan peranti pilihan mereka yang dilengkapi dengan ciri tersebut.

Akan tetapi, kini anda sudah boleh memiliki telefon pintar yang didatangkan dengan harga yang murah dan dilengkapi dengan kedua-dua ciri tersebut. Terkenal dengan gelaran raja telefon pintar dalam segmen harga berpatutan, keluarga Redmi Note di Malaysia bakal menerima kedatangan peranti pintar yang mesra ‘gaming’ terutamanya kepada golongan yang gemar bermain permainan dalam talian.

Redmi Note 8 Pro didatangkan dengan kelebihan sebagai raja telefon ‘gaming’ ekoran kebolehannya untuk memberikan pengalaman lancar ketika pengguna bermain game. Malah, peranti ini bakal memberi kepuasan kepada anda berikutan ianya menyokong kelancaran ketika bermain game walaupun di dalam prestasi penuh. Main game apa pun confirm tak kan lag.

Peranti yang menggunakan cip pemprosesan Snap Dragon 710 dan juga 730G sememangnya terkenal dengan prestasinya yang cukup baik terutamanya ketika pengguna peranti tersebut sedang bermain game. Namun, kini Redmi Note 8 Pro boleh dikatakan dapat bersaing lebih hebat daripada kedua-dua peranti tersebut ekoran dilengkapi dengan gaming processor Helio G90T yang sudah pasti menjanjikan pengalaman yang lebih menarik. Perkara ini dibuktikan melalui rekod yang dicatatkan oleh AnTuTu apabila Redmi Note 8 Pro mencecah sehingga 283 ribu markah yang jelas lebih baik daripada Snap Dragon 710 dan juga 730G. Kalau dah macam ini punya rekod, memang tak perlu risaulah phone jadi lag ketika main game.

Pastinya ramai yang menyedari bahawa peranti mereka akan mudah menjadi panas apabila bermain game dalam tempoh masa yang lama. Dan disebabkan itu jugalah peranti anda menjadi perlahan sehingga game yang dimainkan juga lag. Namun, lain pula bagi Redmi Note 8 Pro yang tidak mudah menjadi panas walaupun digunakan dalam tempoh yang lama. Ianya turut dibuktikan melalui ujian menggunakan alat termoteter inframerah untuk mengesan haba. Hasilnya, ia terbukti tidak panas walaupun digunakan dalam tempoh yang lama.

Apa tidaknya, peranti ini didatangkan khas dengan sistem penyejukan yang dikatakan mampu mengurangkan suhu peranti 4°C hingga ke 6°C berbanding peranti lain. Ianya mempunyai penyejukan berasaskan cecair LiquidCool yang boleh membuatkan peranti ini bertahan lebih lama dan sentiasa berada dalam suhu terkawal dan prestasi yang baik. Jadi, nak main game dua tiga rounds pun tak jadi masalah tambahan tiada masalah lag.

Sememangnya jika dibandingkan peranti lain seperti Mi9T Pro, terdapat perbezaan terutamanya dari segi harganya yang jauh lebih mahal. Namun, untuk mendapatkan prestasi yang terbaik seperti peranti itu, Redmi Note 8 Pro merupakan pilihan paling sesuai yang boleh anda ambil dan sekaligus dapat menjimatkan wang poket anda. Perkara ini adalah kerana prestasi bagi kedua-dua peranti ini adalah sama dan ianya akan memberikan pengalaman bermakna kepada anda.

Selain daripada kelebihan peranti ini dari segi gaming, Redmi Note 8 Pro juga didatangkan dengan kamera 64MP dan ianya yang pertama di Malaysia. Paling membanggakan, Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang melancarkan peranti yang mempunyai kualiti kamera sehingga 64MP. Perkara ini adalah kerana Mi Malaysia giat menambah baik kualitinya supaya jurang pelancaran antara Malaysia dan China dapat dipendekkan. Ianya juga turut boleh menyokong pasaran tempatan.

Peranti yang didatangkan dengan 64MP ini mempunyai tetapan kamera yang menampilkan lensa 64MP+8MP+2MP+2MP manakala bagi kameran bahagian hadapan pula ialah 20MP. Dengan kelebihan ini, gambar yang dihasilkan boleh dicetak dengan ukuran 3.26m x 2.44m iaitu bersamaan poster bersaiz mega. Mana tidaknya, satu gambar dengan kualiti 64Mp dapat menyokong sehingga paparan 25 FHD.

Redmi Note 8 Pro juga didatangkan dengan gorillas glass 5 yang dapat menyelamatkan peranti anda sekiranya terjatuh. Mempunyai kapasiti tenaga tinggi sehingga 4500k mAh, peranti ini boleh digunakan dalam tempoh yang lama dan ianya juga tidak mengambil masa yang lama untuk mendapat pengecasan penuh. Ini kerana ianya didatangkan dengan 18W kuasa pengecasan.

Dijual pada tanda harga RM1099, ianya sangat berbaloi untuk dimiliki terutamanya bagi golongan ‘gamers’ yang memerlukan peranti tanpa lag ketika bermain game. Jadi apa tunggu lagi ? Sampai bila nak main game separuh ja asyik lag ? Layari laman web Mi Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Redmi Note 8 Pro ini.



syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa