Penceramah bebas, Firdaus Wong memuatnaik satu khabar gembira di laman Facebook peribadinya itu kerana berjaya mengislamkan ibu kandung dengan mengucap dua kalimah syahadah di Multiracial Reverted Muslim dengan bersaksikan beberapa individu.
Momen tersebut menjadi satu peristiwa paling bermakna untuk diri penceramah ini. Selepas 14 tahun sebagai saudara baru, kali ini giliran ibunya pula menerima hidayah daripada Allah.
Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ibu saya sendiri.
Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya.
Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami. Teruskan sokongan dan doa anda. Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.
Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim. Allahuma Ameen.
Perkongsian tersebut ternyata mencuri perhatian warganet yang turut sebak dan terharu dengan kejadian tersebut.
“Moga suatu hari nanti saya berpeluang merasai moment ini untuk melihat dan mensyahdahkan ibu ayah dan keluarga sendiri”
“Walaupun saya bukan islam tapi saya terharu dengan perkabaran yg amat menggembirakan saudara ni”
“Syukur Alhamdulillah kerana ibu tuan diberi hidayah yang sangat besar untuk menjejaki syurga Allah S.W.T.”
“Saya terharu dgn perjuangan ustaz..”
Sumber: Firdaus Wong Wai Hung