Siakap Keli

(Video) Bapa Mertua Maut Didakwa Dirempuh Pemandu Wanita Mabuk, Menantu Luah Sikap Sebenar Arwah

Sebuah insiden dipercayai berlaku berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat, Georgetown yang terakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial malam tadi.

Video berdurasi 45 saat itu memaparkan situasi di mana sebua kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang wanita mabuk  merempuh dua motosikal dan sebuah kereta yang sedang berhenti di lorong tengah.

Menurut laporan, berikutan insiden tersebut seorang penunggang motosikal, Mohaidin Gani Mohamad, (58 tahun) maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Setakat ini, siasatan lanjut masih lagi dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

Di sebalik kehebohan video yang dipercayai mula dimuatnaik di laman twitter itu, muncul satu komen dari seorang individu yang mendakwa bahawa dirinya adalah menantu kepada mangsa. Dia menjelaskan bahawa allahyarham Mohaidin Gani merupakan Pembantu Kesihatan Awam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan bukannya pemilik gerai seperti yang didakwa,

Tambah individu terbabit, bapa mertuanya itu telah selamat dikebumikan semalam dan memohon agar orang ramai mendoakan supaya arwah diempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Malah, dia turut mendedahkan bahawa mangsa merupakan seorang yang rajin bekerja dan sangat komited.

Warga net tidak ketinggalan memenuhi ruangan komen meluahkan rasa sedih berikutan insiden berkenaan.

Tak adil, perbuatan tak bertanggungjawab sebabkan 0rang lain meninggal

Kesian betul kat family dia, anak-anak dah takda ayah, bini dia takda suami dah

I’m crying, kesian pakcik tu!

Sumber: Twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)