Seekor beruang sarkas menyerang dan mencederakan jurulatihnya dalam satu persembahan di Olonets, Utara St Petersburg. Berhubung dengan perkara ini, pihak berkuasa Rusia akan membuka satu kertas siasatan untuk kejadian tersebut.
Kejadian tersebut direkod dalam satu video yang tular di media sosial menunjukkan beruang tersebut sedang melakukan satu persembahan dihadapan khalayak penonton dengan secara tiba-tiba menyerang jurulatihnya dari belakang.
Difahamkan berdasarkan video yang tular tersebut, beruang itu melakukan aksi menolak kereta sorong sambil berjalan sebelum tiba-tiba menyerang serta menggigit bahu pelatihnya hingga mangsa rebah ke lantai.
Kemudian, dalam rakaman tersebut juga menunjukkan seorang jurulatih bertindak membantu rakannya dengan menendang beruang tersebut beberapa kali untuk menghentikannya.
Wakil daripada jurulatih berkata, beruang tersebut bertindak menyerang kerana terkejut dengan cahaya lampu daripada lampu kamera.
Bagaimanapun, penonton tidak mengalami kecederaan kerana beruang tersebut ditangkap menggunakan renjatan elektrik walaupun ketika kejadian tiada pagar pemisah atau penghadang antara pentas persembahan dan tempat penonton.
Tindakan haiwan sarkas ini telah diteliti beberapa tahun kebelakangan ini kerana banyak pertuduhan dan dakwaan penyalahgunaan haiwan tersebut.
Pertunjukan sarkas ini mempunyai sejarah yang lampau di Rusia dan masih popular sehingga hari ini.
Sumber: CNN World