Siakap Keli

(Video) Hanya Kerana Berhijab, Atlet Muslimah Ini Didakwa Tak Dibenarkan Bertanding

Noor Alexandria Abukaram, 16 tahun hilang kelayakan dari menyertai perlumbaan larian di sekolahnya di Ohio. Menurut laporan, Noor telah dibatalkan penyertaannya kerana didakwa tidak mendapat kebenaran untuk memakai hijab sewaktu acara berkenaan.

Sebelum hilang kelayakan, Noor berkata dia sudah berlari dengan memakai hijab merentasi enam buah negara tanpa masalah musim ini.

Noor sememangnya aktif dalam tiga jenis permainan (sukan) di sekolahnya sejak dia mula berhijab pada tahun 2016. Sebelum ini tiada isu tentang hijab diperkatakan sehinggalah pada kejohanan ini di mana Noor menjelaskan bahawa dia tidak diberitahu mengenai kebenaran khas yang perlu diperolehi sekiranya dia mahu memakai hijab untuk menyertai acara larian berkenaan.

Keputusan untuk membatalkan penyertaan Noor itu dibuat oleh Persatuan Atletik Sekolah Tinggi Ohio.

Sementara itu, Noor ketika ditemu bual menyatakan,

“Insiden ini ibarat mimpi ngeri menjadi realiti,”

Noor menjelaskan bahawa sebelum ini dia turut dibayangi kebimbangan tentang masalah yang bakal dihadapinya kerana dia memakai hijab. Noor mendakwa bahawa ada sebahagian atlet yang dimaklumkan untuk menukar pakaian bersesuaian dengan peraturan berlumbaan.

“Kami dapat tahu bahawa pasukan kami layak ke peringkat Negeri, jadi kami pergi untuk memeriksa tempat kami dalam perlumbaan, tetapi ketika saya periksa, nama saya tiada dalam senarai.”

Salah seorang rakan sepasukannya diberitahu untuk menukar pakaiannya dengan memakai seluar pendek, justeru pegawai membenarkannya menyertai perlumbaan tersebut.

“Saya benar-benar terasa dimalukan, saya seperti badut, semua orang mengetahui bahawa saya telah disingkirkan kecuali saya sendiri!”

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=j5SZ3WkMWo4?start=211]

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)