Siakap Keli

(Video) Ramai Tanya Kenapa Selalu Rekod Video Rapat Dengan Muka, Ini Jawapan Syed Saddiq

“Assalamualaikum, Ta Cha Hao, Vanakkam,”

Umpama Tagline, ayat wajib diucapkan di permulaan setiap video yang dimuatnaik oleh YB Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan Malaysia kini menjadi ikutan sebagaian warga net.

Semua pasti sudah sedia maklum, Syed Saddiq sering memuatnaik video tentang isu semasa terutamanya perkara berkaitan sesuatu di bawah kementeriannya yang dibahaskan di parlimen.

Ramai teruja dengan pendekatan yang digunakan oleh Syed Saddiq. Oleh itu, sebarang perkara tentang isu yang perlu diambil perhatian akan ‘dimaklumkan’ secara terus kepada beliau melalui medium berkenaan.

Lantaran keterbukaan menteri KBS berinteraksi dengan masyarakat menggunakan medium media sosial, pengikutnya di laman twitter hampir mencecah 1 juta orang.

Namun, ada perkara lucu yang sering menjadi ‘perbahasan’ di kalangan netizen di mana mereka sering berseloroh tentang Syed Saddiq yang acapkali merakam wajahnya terlalu dekat dengan kamera.

Rasa macam tengah facetime dengan YB

Dekat sangat sampai mak aku tanya tengah call dengan Syed Saddiq ke?

Oleh itu, dalam temubual yang dijalankan oleh semua media antarabangsa, Menteri Belia dan Sukan ini telah menjawab persoalan yang ditanya oleh salah seorang individu mengenai perkara tersebut.

“Kenapa YB bercakap terlalu dekat dengan kamera?”

Syed Saddiq kemudiannya menjelaskan bahawa ramai yang telah mengajukan soalan yang serupa kepadanya. Baginya itu adalah perkara biasa yang dilakukan oleh semua orang bukan hanya dirinya.

Tak sangka, video pendek jawapan menteri berkenaan yang mula dimuatnaik di laman twitter  tular dengan lebih 27,000 ulang kicau dan 25,000 tanda suka.

Betul kata Saddiq, its normal, tak tau pulak kena guna monopod kalau bagi video message

Aku pun rasa normal sebab aku pun macam tu

Okay sekarang kita dah tau kenapa dia selalu dekat dengan kamera!

Kalau aku yang buat macam tu, seketul jerawat nampak

Sumber: Twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)