Siakap Keli

(Video)”Benda Apa Warna Putih Tu?,” Lelaki Dakwa Pagar Rumah Jiran Bergerak Sendiri, Nampak ‘Benda Putih’

Baru-baru ini tular rakaman yang dimuatnaik oleh pemilik akaun bernama Fahpro. Individu yang dipercayai merupakan seorang mahasiswa universiti tempatan itu berkongsi kejadian misteri yang menimpa diri serta rakan serumahnya. Menurut Fahpro, insiden seram itu berlaku di rumah sewanya yang terletak di Shah Alam.

Fahpro mendakwa bahawa pintu pagar rumah hadapan bergerak-gerak walaupun tiada tiupan angin ketika itu. Lebih misteri apabila pergerakan pagar itu menjadi lebih kuat semasa azan berkumandang.

Tentunya ruangan komen pantas dipenuhi pelbagai reaksi dan pendapat dari netizen. Ada yang mendakwa melihat kelibat di dalam video terbabit dan ada juga yang berfikiran sebaliknya.

Nampak dia duduk bertenggek dekat atas tu, tapi tak nampak muka, rambut dia full tutup semua

Aku sorang jeke nampak macam ada tangan

Mesti kucing tu ternampak something…

Kalau aku, aku akan turun pergi pegang pagar tu sebab nak tahu asal bergerak-gerak

Masa tengah oncall, ‘benda’ tu main pintu bilik tidur dia

Maybe pagar dia jenis auto gate, sebab rumah I last time pun jadi macam ni jugak

Tak kurang juga ada netizen yang berkongsi tips untuk mengelakkan kejadian tersebut dari berulang,

Kena solat jemaah waktu maghrib lepas tu baca surah yaasin…

Sebab tu orang tua-tua dulu ada cakap,” Bila pindah rumah baru kena azan sebelum masuk rumah,”

Sumber: Fahpro

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.