Siakap Keli

“Mama Tunggu Pitt..,” Pitt Hanif Masih Belum Ditemui, Fauziah Nawi Mohon Doa Keselamatan Anak

“I still need u my congkiang congkueh”

Itu luahan pelakon Farah Ahmad di laman Instagramnya yang mengambarkan kerisauan seorang isteri mengenai kehilangan suaminya, Pitt Haniff atau nama sebenar Mohd Firdaus Mohamad Haniff ketika memancing di Sungai Mela, Kuala Lipis, semalam.

Sehingga hari ini, suaminya yang merupakan anak kepada Seniwati Fauziah Nawi masih belum dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat dan dipercayai mangsa lemas di tempat kejadian.

Terbaru, pencarian masih dijalankan. Perkongsian ini dikongsikan oleh isteri mangsa di laman Instagramnya.

Salam Subuh. Alhamdullilah terima kasih alam kerana cuaca yang baik. Semoga Allah mendengar doa2 yang dipanjatkan buat suamiku @pitthanif . Ampitt my man my totties farah still here waiting for you. Moga Allah . memberi berita yang terbaik untuk anak2 kita yer Pitt.
I still need u my congkiang congkueh.
#prayforpitthanif

Bahkan, di laman Facebook ibu mangsa, Fauziah Nawi telah menjalankan bacaan surah Yassin dan solat hajat untuk memudahkan pencarian dan jumpa anaknya.

Turut tidak ketinggalan, rakan-rakan artis yang lain turut memanjaatkan doa kepada keluarga ini.

 

Sumber: Farah Ahmad, Fauziah nawi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)