Siakap Keli

“Menjijikkan..” Gadis Terkejut Dakwa Fotonya Tersebar Dalam Group Lucah, Banyak Gambar Wanita Bertudung Jadi Mangsa

Sebentar tadi, tular satu perkongsian di laman twitter yang ditulis oleh seorang gadis. Gadis berkenaan meluahkan rasa kesalnya terhadap individu yang tergamak memuatnaik fotonya di dalam sebuah group dalam aplikasi telegram.

Gadis berkenaan mendakwa bahawa group itu menghimpunkan ribuan gambar-gambar wanita melayu. Namun malangnya, gambar-gambar terbabit digunakan untuk tujuan yang tidak sepatutnya.

Dalam group yang mempunyai ahli hampir mencecah 10k itu, mereka didakwa bebas berkongsi apa sahaja ‘bahan’ seperti artikel, gambar mahupun video lucah yang berkaitan dengan wanita Melayu.

 

Malah ahli dibenarkan untuk saling ‘tukar-menukar’ bahan yang dimiliki mereka untuk memeriahkan lagi group berkenaan.

Kebanyakan gambar yang dikongsikan adalah wanita Melayu bertudung. Kata-kata lucah dan kesat ibarat ‘penghias’ group terbabit, tiada segan atau perasaan malu.

Tentunya ciapan tersebut dengan pantas mendapat perhatian warga net. Rata-rata mereka meluahkan kekesalan dengan perilaku tidak bertanggungjawab itu.

Gambar jangan post dekat media sosial atau nanti orang lain akan simpan dan sebarkan

Benda macam ni dah lama ‘wujud’, jadi kalau nak post gambar tu hati-hati la ye

Inilah antara risiko tayang gambar kat media sosial

Saya nampak ribuan gambar perempuan melayu even yang berpakaian sopan pun ada, menjijikkan!

Sebelum nak upload gambar fikir dulu, InsyaAllah takda apa yang akan jadi kat gambar korang

Takda masalah dengan pakaian perempuan, dah namanya gatal, bagi gambar pakai telekung pun boleh naik nafsu

Sumber: Twitter & Telegram

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.