Siakap Keli

“Tony Stark Is Not Iron Man..,” Aliff Satar Luah Rasa Puas, Hanya Perlu 15 Jam Sudahkan Cabaran Iron Man Langkawi

Penyanyi dan pelakon yang popular dengan lagu ‘Sesungguhnya Aku’ itu sekali lagi bergelar Ironman Langkawi pada tahun 2019. Boleh dikatakan setiap tahun, beliau bergiat aktif dalam bidang sukan ini.

Beliau berjaya menamatkan perlumbaan yang keseluruhannya sejauh 3.8 km berenang, 180km berbasikal dan berlari sejauh 42km.

Menerusi laman sosial Instagramnya Alif berkongsi detik-detik indah bergelar ‘Ironman Langkawi 2019’ .

“Tak sabar nak kongsikan kepada peminat”

Apa yang difahamkan melalui perkongsiannya, Alif berjaya habiskan semua cabaran dalam tempoh 15 jam 5 minit dan 49 saat. Kejayaan ini terpancar diwajah Alif Satar ketika menamatkan perlumbaan ini.

“Kemungkinan ini adalah perkara gila yang saya pernah buat”

Dengan petikan kata-kata semangat “Everthing seems impossible…until it is done” – Nelson Mandela telah membuatkan dirinya membuktikan segalanya.

Rata-rata netizen telah memberikan ucapan tahniah dan berbangga dengan kejayaan yang dimilikinya.

“Alhamdulillah…tahniah bangga dengan kamu”

“Steady brother”

“Tahniah Ironman”

“Tak sabar nak tunggu vlog”

 

Sumber: Aliff Satar Instagram

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)