Tindakan seorang individu mencurahkan sesuatu di percayai minyak dan seterusnya menyalakan api di pagar sebuah kediaman tular di media sosial malam tadi.
Perbuatan lelaki terbabit yang didakwa berniat mahu membakar rumah tersebut dirakam oleh seorang lagi rakannya yang sedang menunggu di atas motosikal.
Sejurus sahaja selesai menyalakan api, 2 individu terbabit terus beredar menaiki motosikal terbabit.
Difahamkan bahawa rakaman itu mula dikongsikan dalam aplikasi whatssap sebelum dimuatnaik ke laman Facebook. Setakat ini, motif kejadian masih lagi belum diketahui.
Posted by Eng Hwa on Tuesday, 22 October 2019
Sumber: Facebook