Siakap Keli

(Video) Lebih 40 Jam Terperangkap Dalam Lubang Perigi, Suara Tangisan Budak 2 Tahun Menangis Jadi Perhatian Dunia

Di saat masyarakat India sibuk meraikan perayaan Deepavali, seorang kanak-kanak berusia dua tahun menderita dipercayai jatuh ke dalam lubang perigi sedalam 100 kaki di Narukattupatti, Daerah Trichy, India.

Satu video yang menyayat hati di mana kanak-kanak tersebut meraung sayu supaya bantuan dapat diberi kepadanya. Difahamkan melalui berita tempatan, sehingga ke saat ini mangsa tidak dapat berjaya dikeluarkan. Tempoh kanak tersebut berada dalam lubang berkenaan hampir 40 jam.

Pelbagai rintangan dan halangan yang berlaku, mesin yang sepatutnya dibawa ke tempat kejadian mengalami kerosakan sehingga terpaksa menangguh waktu yang ditetapkan.

Selepas 40 jam mangsa di dalam lubang tersebut, pihak bomba menjelaskan bahawa terpaksa mengambil masa selama 4 jam untuk menyelamat mangsa.

Bagaimanapun, kisah kanak-kanak malang ini mendapat perhatian satu dunia di laman Twitter sehingga menjadi trending pada masa kini dengan tanda pagar #PrayForSujith.

Sumber: TheNewscrunch

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.