Siakap Keli
Gambar: smalljoys.tv

Ibarat Dua Dunia Berbeza, Jurugambar Rakam Perbezaan Aktiviti, Pekerjaan Di Korea Utara & Selatan

Pada tahun 1945, negara Korea telah dipecahkan kepada dua iaitu Korea Selatan dan Korea Utara. Selama lebih dari 70 tahun, hubungan di antara kedua-dua negara ini masih lagi berada dalam keadaan tegang.

Pertelagahan kedua-dua negara tersebut tampak bakal sampai ke penghujungnya semenjak kedua-dua pemimpin Korea itu berjumpa dalam satu sidang kemuncak bagi membincangkan tentang satu aktiviti untuk mengeratkan hubungan kedua-dua negara itu pada September tahun lalu.

Selain daripada mengamalkan ideologi yang berbeza dan berjiran, cara hidup yang terdapat di kedua-dua negara ini juga sangat berbeza dan agak unik.

Seorang jurugambar bernama Ed Jones telah berjaya menangkap gambar-gambar yang menunjukkan perbezaan cara kehidupan yang terdapat di antara kedua-dua negara tersebut.

Dalam gambar tersebut anda boleh lihat yang pakaian, bahagian dalam serta persekitaran  di Korea Selatan lebih moden berbanding dengan Korea Utara. Walau bagaimanapun, jiwa rakyat kedua-dua negara ini tetap sama.

Berikut adalah gambar-gambar perbezaan kehidupan yang terdapat di antara Korea Utara dan Korea Selatan:

1. Shooting instructor dari Korea Utara di tempat kerjanya di Pyongyang manakala seorang lagi Shooting instructor dari Seoul, Korea Selatan.

Gambar: Bright

2. Pengunjung di Munsu Water Park, Pyongyang (Korea Utara) manakala seorang lagi pengunjung Caribbean Bay Water Park, Seoul (Korea Selatan).

Gambar: Bright

3. Pekerja stesen minyak di Korea Utara dan Korea Selatan

Gambar: Bright

4. Pemandu pelancong Korea Utara di puncak Menara Juche Idea, Pyongyang (Korea Utara) manakala seorang lagi ialah pemandu pelancong di dek tinjauan 63 Building, Seoul (Korea Selatan)

Gambar: Bright

5. Pelajar yang berumur 23 tahun dari Korea Utara bergambar di pusat bandar Pyongyang manakala seorang lagi pelajar yang berumur 24 tahun dari Korea Selatan di wilayah Seongdong-gu, Seoul.

Gambar: Bright

6. Pegawai tentera dari Korea Utara dan Korea Selatan yang mengawal sempadan.

Gambar: Bright

7. Pengunjung sebuah pasaraya di Korea Utara (Pyongyang) dan Korea Selatan (Seoul)

Gambar: Bright

8. Pemandu bot pelancong dari Korea Utara (Sungai Taedong di Pyongyang) manakala seorang lagi dari pemandu bot pelancong dari Korea Selatan (Sungai Han di Seoul)

Gambar: Bright

9. Petani dari Korea Utara dengan berlatar belakangkan tanaman ginsengnya dan seorang lagi petani dari Korea Selatan.

Gambar: Bright

10. Wanita Korea Utara di Kim Il-sung square semasa perarakan tentera dan seorang pesara tentera semasa memprotes penggunaan senjata nuklear.

Gambar: Bright

11. Pekerja kilang dari Korea Utara di Wonsan dan seorang lagi pekerja kilang dari Korea Selatan di Chuncheon.

Gambar: Bright

12. Seorang gadis Korea Utara dalam kelas komputer di Pusat Sains dan Teknologi Pyongyang manakala seorang lagi ialah seorang pelajar Korea Selatan dalam kelas komputer di Universiti Yonsei, Seoul.

Gambar: Bright

13. Kakitangan Munsu Water Park di Pyongyang manakala seorang lagi pula ialah lifeguard di One Mount Water Park.

Gambar: Bright

14. Pekerja kilang peralatan pergigian di Pyongyang, Korea Utara dan pekerja kilang pembungkusan di Chuncheon, Korea Selatan.

Gambar: Bright

15. Kanak-kanak 9 tahun dari Korea Utara sedang menyambut Hari Kanak-Kanak di Pyongyang dan kanak-kanak 10 tahun dari Korea Selatan ketika menghadiri Seoul Fashion Week.

Gambar: Bright

Sumber: brightside

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.