Siakap Keli

Anak Hidap Kanser Tulang, Ayah Botakkan Kepala “Support” Anak Gugur Rambut Jalani Kemoterapi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap daripada kita pastinya pernah diduga dengan pelbagai ujian. Tidak kiralah sekuat mana pun kita dan sehebat mana pun kita, kita pastinya akan diduga. Sama ada berat atau ringan sahaja yang menjadi penentu kepada ketabahan serta kesabaran kita.

Ada orang yang di uji dengan masalah kewangan, ada orang yang di uji dengan kekayaan dan ada juga orang yang di uji dengan sakit. Namun bagi seorang bapa yang bernama Jeffri Senin ini, dia sedang di uji dengan anaknya yang sedang menghidap kanser tulang.

Siapa sahaja yang tidak terkesan melihat anaknya sendiri melalui penderitaan. Seorang pengguna Facebook yang bernama Mohd Fadhli ada berkongsikan kisah sahabatnya itu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mak ayah mana yang hendak lihat anak merana dalam kesakitan.

Hatta dahulu waktu kecil, seekor nyamuk tidak akan dizinkan untuk hinggap pada kulit anak. Itulah pengorbanan ibu dan ayah.

Itu yang berlaku kepada sahabat aku Jeffri Senin. Beliau di uji dengan anaknya Rayyana yang sedang menghidap kanser tulang. Rayyana sekarang berusia 9 tahun. Sahabat aku ni orang Kulai.

Kau orang bayangkan seorang kanak-kanak diberi rawatan kimoterapi. Dalam jadual, Rayyana akan di Kimo sebanyak 14 kali, 3 minggu sekali selama setahun. Kimoterapi ni orang kata panas.

Adik Rayyana telah menjalani Kimo yang kali pertama rambutnya telah mula gugur dan kepalanya botak. Paling aku sayu dan terkesan bapanya turut membotakkan kepala.

Aku yakin, Jeffri Senin bapa kepada Rayyana ini sedang meraikan dan menghiburkan anaknya supaya anaknya rasa ada geng botak bersama. Sungguh besar pengorbanan kau bang.

Hari ini, Rayyana ambil ujian sekolah agama. Ibu ayahnya beri full support kepada Rayyana. Lulus atau gagal itu nombor dua. Semangat Rayyana itu yang penting.

Aku doakan abang Jeffri Senin dan isteri dapat terus kuat dan tabah. Kepada adik Rayyana, percayalah seluruh rakyat Malaysia yang membaca ini sedang mendoakan adik abang comel ini.

Kepada rakan dan follower saya yang ingin menyumbang apa sahaja, boleh terus hubungi atau pm ayah Rayyana, abang Jeffri Senin.

Ayuh kita ringankan tulang membantu bersama. Paling kurang kita share tulisan ini agar ada insan yang pemurah dapat membaca dan menyumbang.

Di sini saya siapkan nombor akaun abang Jeffri Senin

7057107251
– CIMB
– Jeffri senin

Hari ini hari mereka. Esok lusa hati kita.
Tinggalkan kata kata semangat kepada abang Jeffri dan Rayyana di ruang komen.

Mohd Fadhli bin Othman

Sumber: Mohd Fadhli

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.