Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Dipercayai Kerana Mabuk, Lelaki Didakwa Belasah & Penggal Kepala Bayi 8 Bulan

Belarus – Seorang lelaki berusia 48 tahun menghadapi hukuman bunuh setelah memukul dan memenggal kepala seorang bayi perempuan berusia 8 bulan yang merupakan anak kepada rakannya di sini.

Viktar Sharhel dijatuhkan hukuman mati oleh skuad penembak Belarus sementara ibu bayi malang berkenaan, Natalya Kolb, 26 bakal dipenjarakan 25 tahun setelah disabitkan dengan tuduhan bunuh – hukuman paling berat untuk wanita mengikut undang-undang negara berkenaan.

Kedua-dua suspek sedang meminum arak di apartment mereka ketika bapa bayi itu, Leonid Kolb pulang ke rumah sebelum mendapati jasad anaknya yang tidak bernyawa bermandi darah dalam keadaan mengerikan dengan kecederaan parah di kepala.

Mayat mangsa turut mempunyai 46 kesan kecederaan lain serta dipercayai dibunuh menggunakan pisau dapur.

Menurut jiran mangsa, doktor yang tiba bersama ambulan turut pengsan melihat keadaan mangsa.

Bayi berkenaan telah dipukul dengan teruk sebelum dibunuh. Jiran mendakwa keluarga berkenaan kelihatan gembira dengan kehadiran bayi itu dan mereka baru sahaja membaptisnya di sebuah Gereja Orthodox.

Menurut undang-undang tempatan, hukuman bunuh hanya akan dijalankan ke atas lelaki berusia 18 sehingga 65 tahun. Mereka akan ditutup mata dan berada dalam posisi melutut sebelum ditembak di belakang kepala.

Sejak negara itu merdeka daripada Soviet Union pada 1991, seramai 400 lelaki telah dihukum mati dengan cara berkenaan.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.