Siakap Keli
Gambar: Mirror

Lepas Mak Meninggal, Satu Keluarga Nekad ‘Transform’ Amal Gaya Hidup Sihat

Kehidupan keluarga McGillivray sebelum ini tidak pernah sah jika mereka tidak mengunjungi pub dan restoran piza dalam sehari.

Namun semuanya berubah apabila ibu kepada Sue meninggal disebabkan diabetes. Kematian ibunya itu telah memberi kesan yang amat mendalam kepada keluarga mereka sehingga mereka bernekad untuk mengubah cara hidup yang mereka jalani sebelum ini.

Sue (ibu), 51, Roy (ayah), 56, dan dua lagi orang anaknya Ben, 24, serta Simon, 28, telah banyak menghabiskan masa di gim bersama-sama semenjak daripada insiden itu.

Selepas 6 bulan mengamalkan gaya hidup sihat, mereka kini telah berjaya menurunkan berat badan serta mendapatkan bentuk badan yang mereka tidak pernah bayangkan akan berlaku pada badan mereka sebelum ini.

Gambar: Mirror

Tiada lagi makanan yang tidak sihat, hanya makanan sihat sahaja yang diutamakan mereka.

Hasil daripada 6 bulan melakukan rutin yang sama setiap hari, Sue telah hilang sebanyak 22 kilogram, Roy pula 12 kilogram, manakala Ben dan Simon masing-masing 6 kilogram.

Kesemua mereka juga turut bersependapat bahawa aktiviti tersebut telah berjaya mengubah hidup mereka. Bukan itu sahaja, ianya juga telah berjaya mengeratkan lagi hubungan sesama mereka.

Sue berkata: “Saya sudah sampai satu tahap dalam hidup saya di mana saya perlu membuat satu perubahan besar terhadap hidup saya. Keluarga saya mempunyai banyak sejarah dengan penyakit diabetes ini dan perkara itulah yang telah membuatkan saya nekad untuk berdiet dan mengamalkan gaya hidup sihat.”

“Selepas mak saya meninggal disebabkan diabetes, sangat penting untuk saya mengubah cara hidup yang telah lama saya amalkan ini bagi mengelakkan saya mengalami masalah yang sama.”

“Cara saya mengatasi kesedihan selepas pemergian mak saya adalah dengan memfokuskan diri saya dengan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan.”

“Saya mula nampak perubahan pada diri saya selepas dua minggu. Berat semakin menurun, dan apabila benda itu terjadi, semangat anda untuk mengekalkan rutin anda pasti bertambah.”

Selain rutin senaman yang memenatkan, pelatih keluarga McGillivray, Anthony Paulhe telah memberikan pelan nutrisi serta pelan makanan bagi melengkapkan perubahan yang mereka mahukan terhadap diri mereka.

Gambar: Mirror

Roy (ayah), yang juga seorang pengarah firma pergigian, berkata: “diet serta gaya hidup yang saya amalkan sebelum ini biasa sahaja. Saya seorang yang kuat bekerja. Saya tidak akan bersarapan pada waktu pagi, kadangkala saya akan makan tengah hari kadangkala tidak.

“Pada waktu petang pula saya akan makan makanan segera kerana saya terlalu penat untuk menyediakan sesuatu makanan. Anda akan pergi ke pubĀ selepas waktu kerja untuk minum petang, namun pengakhirannya selalunya saya akan minum 2 atau 3 cawan. Dan itulah gaya hidup saya sebelum ini.

“Saya tidak pernah menyedari bahawa betapa tidak sihatnya gaya hidup saya sebelum ini sampailah saya telah disahkan mengalami obesiti.

“Ianya sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada hidup anda. Apabila anda sudah berumur, dan anda tidak menjaga tahap kecergasan serta pemakanan anda, anda pasti akan terima akibatnya nanti. Namun jika anda jaga diri serta kesihatan anda, umur itu hanyalah angka sahaja.

Gambar: Mirror

“Saya buat semua ini untuk diri saya serta keluarga. Namun apabila orang sekeliling mula nampak transformasi dan memuji anda, anda akan rasa lebih bermotivasi. Apabila anda pergi membeli baju baru dan baju itu pula nampak cantik ikut bentuk badan anda, anda pasti akan merasa gembira dengan perubahan anda itu.

“Saya rasa selepas saya berjaya tukar diri saya, saya rasa lebih muda. Saya tak rasa yang umur saya sekarang 56 tahun, saya rasa seperti sedang berumur 36 tahun dan malahan lebih bagus daripada itu.

Berat badan Sue telah susut dengan banyak sehinggakan ramai kenalannya yang sudah tidak lama berjumpa dengan dia hampir tidak mengenalinya. Dan mereka semua mahu tahu apa rahsia kejayaannya.

Gambar: Mirror

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right

Nur Farra