Tidak semua orang dikurniakan dengan tubuh badan yang sihat, ada yang diuji dengan pelbagai penyakit dan lebih teruk menghidap kanser atau tumor.
Mengeruhkan lagi keadaan, ada sesetengah individu yang tidak bernasib baik dan tidak mampu membiayai kos rawatan yang mahal bagi kanser yang mereka hadapi.
Sama dengan situasi yang tular di Indonesia sejak beberapa hari yang lalu, seorang warga emas menghidap tumor di muka dan keadaannya dilihat sangat teruk sehingga beliau mengeluarkan darah dari mulut.
Posting yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook, Azak Mmuslim Hkarsosafei mendapat 37,000 like dan 24,000 perkongsian serta mendapat pelbagai reaksi dari netizen di Indonesia.
Azak meminta bantuan dari orang ramai dan pihak berkuasa untuk membantu Sukirman yang dipercayai telah bertahun-tahun lamanya menghidap tumor sehingga darah sentiasa keluar dari hidung dan mulutnya setiap hari.
Keluarga Sukirman juga tidak mampu untuk membiayai kos rawatan yang mahal kerana mereka tidak mempunyai punca pendapatan yang tetap.
Rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan Sukirman dan sedia untuk membantu beliau.
Tidak hanya di Facebook, Sukirman juga tular di Twitter dengan 37.2 ribu retweet dan 17.1 likes. Posting yang dimuatnaik oleh Yusuf_dumdum juga mendapat simpati netizen dan bersedia untuk membantu Sukirman.
Sumber: Yusuf_dumdum dan Azak Mmuslim Hkarsosafei