Siakap Keli

Tak Sampai Sebulan Sulli ‘Pergi’, Ibu & Ayahnya Didakwa Berbalah Rebut Harta Mendiang?

Berita tentang kematian bintang K-pop, Sulli yang telah meninggal dunia akibat bunuh diri masih lagi mendapat perhatian orang ramai.

Sulli ditemui mati oleh pengurusnya di bilik tidur ditingkat dua rumahnya. Kredit Foto: theindependent.sg

Menurut laman web Sina, Sulli dikatakan meninggalkan wang sebanyak lima bilion won (RM18 juta).

Namun abang kepada Sulli, Dae-hee enggan menerima wang peninggalan adiknya itu kerana dia sudah meninggal dunia.

Namun, kedua ibu bapanya dikatakan berkelahi untuk mendapatkan wang peninggalan Sulli tersebut.

Mengikut undang-undang Korea, wang yang ditinggalkan oleh Sulli itu hanya boleh dibahagikan kepada kedua ibu bapa dan adik beradiknya sahaja.

Hal ini kerana Sulli yang masih lagi berstatus bujang ketika meninggal dunia dan tidak meninggalkan sebarang wasiat sebelum kematiannya itu.

Sina melaporkan dalam satu variety show pada tahun lalu, Sulli ada berkongsi bahawa dia tinggal bersama Dae-hee.

Abangnya mengalami masalah untuk belajar memasak bagi menjaga Sulli ketika itu. Hal ini menunjukkan keakraban antara mereka berdua.

Sulli ditemui mati di bilik tidur di tingkat dua rumahnya oleh pengurusnya pada 14 Oktober selepas gagal dihubungi.

Sulli, atau nama sebenarnya Choi Jin-ri, mula mendapat perhatian sebagai pelakon kanak-kanak, memainkan Putri Seonhwa Silla muda dalam drama SBS Ballad of Seodong sebelum menyertai kumpulan K-pop, f (x) pada tahun 2009.

Dia mengambil masa selama setahun pada tahun 2014 dan memilih untuk meninggalkan kumpulan itu untuk meneruskan karier lakonannya serta muncul dalam pelbagai drama dan filem dengan penampilannya yang paling terkini dalam drama TV popular Hotel del Luna.

Sumber: theindependent.sg

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.