Siakap Keli
Kredit: Durian Media

(Video) Budak Dirakam CCTV Leka Main Dengan Ular, Jadi Mangsa Patuk Ular Berehat Dalam Bekas Mainannya

Seorang kanak-kanak lelaki menghadapi nasib malang apabila dipatuk seekor ular yang memasuki bakul mainan miliknya.

Dalam video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kanak-kanak itu dilihat sedang bermain bersendirian serta memunggah permainan miliknya di hadapan rumah sebelum terjumpa satu ‘objek’ yang menarik perhatian.

Tidak mengetahui bahaya yang menanti, kanak-kanak itu dilihat menarik-narik badan ular yang menyusupi di celah lubang bakul permainan berkenaan.

Kanak-kanak itu kemudiannya memasukkan semula permainan yang dipunggah ke dalam bakul dan membawanya ke dalam rumah bersama reptilia berkenaan.

Namun secara tiba-tiba, kanak-kanak itu terduduk setelah dipercayai digigit ular berkenaan pada bahagian kaki sebelum diselamatkan lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa.

Walaubagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kejadian tidak dapat dikenalpasti. Ibu bapa diingatkan agar sentiasa berwaspada terutamanya ketika musim tengkujuh ini dan memantau persekitaran rumah agar tiada tempat persembunyian haiwan berbahaya.

Sumber: Durian Media

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.