Siakap Keli

(Video)Detik-Detik Lelaki Nyaris Kena Lenyek Dengan Lori Tangki, Terbabas Elak Lori ”U-Turn” Di Lampu Isyarat

Satu video kemalangan yang berlaku membabitkan sebuah lori tanker terbabas tengah hari tadi telah tular di media sosial.

Kemalangan tersebut dipercayai berlaku di sebuah persimpangan lampu isyarat di Batu 8 Sijangkang.

Hasil daripada rakaman dashcam tersebut telah menunjukkan bahawa sebuah lori tanker dari arah bertentangan terpaksa mengelak daripada melanggar sebuah lori yang sedang membuat pusingan U.

Disebabkan oleh itu, lori tanker berkenaan telah hilang kawalan dan termasuk ke lorong bertentangan lalu merempuh sebuah motorsikal.

Penunggang motorsikal tersebut walau bagaimanapun sempat menyelamatkan dirinya selepas menyedari bahawa lori tersebut hilang kawalan.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan sentiasa memandu dengan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Rakaman dashcam kes kemalangan berlaku tengahari tadi sebuah Lori tanker terbabas ke laluan bertentangan di persimpangan lampu isyarat di Batu 8 Sijangkang. Lori berkenaan turut merempuh sebuah motosikal. Pemandu lori dan penunggang selamat..#𝙄𝙣𝙛𝙤𝙧𝙤𝙖𝙙𝙗𝙡𝙤𝙘𝙠

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, 29 October 2019

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.