Siakap Keli

“Anak Ini Kuat, Allah Jaga Anak Ini,” Wajah Sayu, Adik Afan Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Khabar sayu kehilangan seorang anggota polis dan isterinya yang maut dalam nahas kemalangan jalam raya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Syed Putra semalam.

Lebih sayu lagi apabila mangsa meninggalkan seorang anak kecil yang berusia hampir dua tahun itu. Dengan sekelip mata, anak mangsa menjadi anak yatim piatu. Sungguh perit untuk anak kecil ini menerima takdir ketentuan Illahi.

Seorang kakitangan Ibu Pejabat Polis Shah Alam, Zaiwana Ngojar yang juga merupakan rakan seanggota Allahyarham Muhammad Syakiran meluahkan rasa sebak tentang anak arwah kedua mangsa di laman Facebooknya.

Anak ini kuat. Pagi tadi ibu Afan pesan kalau mama balik malam, tidur dgn acik (pengasuh) dulu ya dik.

Usia Afan hampir 2 tahun, belum mengerti apa apa lagi. Anak ini kuat, Allah beri ujian kepada hambaNya yang mampu hadapi…

Pagi tadi juga Ibu (staff JKR) dan ayah (anggota IPD Shah Alam) Afan meninggal dunia dalam satu kemalangan motosikal di Kuala Lumpur. Ketika ini, kita merasakan sebak dan sedih melihat raut wajah anak kecil ini, kita pujuk hati kita..

REALITI nya..

Allah jaga anak ini. Ada rezeki yang Allah dah titipkan dan tentukan buat adik Afan.

YA Allah peliharalah anak ini, datangkan kasih sayang dari ibu ayah saudara yang penyayang. Hadirkan hamba Allah yang prihatin menjaga, mendidik dan mengasuhnya. Jadikan adik Afan sebagai asbab ibu ayahnya ditempatkan di kalangan hamba hambaMu yang Soleh dan tempatkan mereka di syurga abadi.

AL-FATIHAH buat ayah ibu Afan

Allahyarham L/Kpl Muhammad Syakiran Samsudin dan
Allahyarhamah Nurul Ashikin Kamaruddin

Sumber: Zaiwana Ngojar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)