Seorang ahli perniagaan dan juga Jutawan Thailand ditemui mati dan mayatnya dijumpai disimen dalam sebuah peti sejuk miliknya, lapor Daily Mail. Mangsa yang dikenali sebagai Wannee Jiracharoenying, 58, dikatakan tidak kelihatan sejak 18 Oktober yang lalu. Kali terakhir Wanee dikatakan melawat ke sebuah kuil di utara Thailand.
Polis mengatakan bahawa, sejumlah besar wang milik Wanee dilaporkan hilang dari akaunnya dan kad bank juga tidak ditemui. Polis kini sedang memburu suspek kes ini dan polis juga sedang memburu rakan Wanee yang hilang sejak kes ini terjadi. Suspek didakwa mengeluarkan lebih RM160,000 (1.2 juta Baht) pada hari yang sama Wanee gagal dihubungi oleh keluarga mendiang.
Sumber: Daily Mail